Safiey Illias Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Instafamous

Hiburan

Safiey Illias Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Instafamous

Usahawan kosmetik, Safiey Ilias mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap ‘Instafamous’ dikenali sebagai Baby Arra dalam satu pertengkaran yang viral pada Januari tahun lalu.

Advertisement

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias  membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin.

Mengikut pertuduhan, Safiey didakwa telah menyebabkan cedera parah ke atas Farahnazikha Karab Hussain dalam satu kejadian di sebuah restoran di Jalan Liew Weng Chee AU 2 sekitar jam1.30 pagi pada 15 Januari 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya B.Rajdeep Singh menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000. Bagaimanapun Safiey yang diwakili peguam Harjeet Singh Sidhu memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama baik dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan dilakukan.

Mahkamah kemudian membenarkan Safiey diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 September ini untuk sebutan semula kes.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

10 Comments

  1. faraj

    July 31, 2019 at 1:47 pm

    Walaupun saya kurang Sikit minat dgn Dato Siti, tapi tabik Spring…Dgn Kosmetik Dia..!!! takder nya mcm setengah2 org pasal Kosmetik sanggup jadi dua Alam segala..!! memang lah Tuhan Hanat org camgini..!!! pastu ada sigemok tu asyik nk Menipu jer jer ,bagi brg Pelesu..!!! yg lain pikiaq sendiri…

  2. Anonymous

    July 31, 2019 at 1:10 pm

    tenaga dia tetap jantan uolsss

  3. Soozy

    July 31, 2019 at 10:45 am

    Tak paham sistem mahkamah, orang berduit senang senang dapat kurang duit jamin, orang yang tak mampu haram mintak kurang tak akan dapat!

    • nok nok nok

      July 31, 2019 at 3:39 pm

      Salam Soozy,

      Jumlah jaminan mengikut jenis jenayah dilakukan,
      Setiap jumlah jaminan boleh diminta kurang mengikut alasan dan situasi tertuduh sendiri seperti menyara keluarga dan lain-lain.
      Situasi Safie ni, dari awal kes beliau memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dan mahkamah.
      Jaminan berbentuk wang atau dokumen perjalanan dibuat aatss faktor supaya tertuduh akan hadir perbicaraan di masa hadapan.

  4. Jat

    July 31, 2019 at 10:09 am

    perlu ke NARA up citer pondan / instafemes ???? sendu la nara ni

  5. Anonymous

    July 31, 2019 at 10:08 am

    Perlu Ke dikurangkan ikat jamin tu. Die berduit wehh.

Loading...