Mengakui dirinya berdepan perasaan fobia untuk memandu di jalan raya, usahawan kosmetik sensasi Safiey Illias mendedahkan disebabkan depresi juga, beliau terpaksa menyimpan kereta mewahnya selama hampir setahun.
Katanya lagi, takut kereta meletup juga menjadi salah satu faktor dirinya telah lama tidak memandu di jalan raya.
“Lama tak bawa kereta sebab anxiety dan depresi. Takut bawa sebab takut kereta meletup, tayar meletup, terbakar, masuk gaung. Itu saya hadap selama lapan bulan.”
Ujar Safiey, beliau kini tetap gagahkan diri untuk memandu memandangkan kereta miliknya itu tidak bergerak dalam tempoh yang agak lama.
“Hari ini gagahkan juga sebab tahu sangat streng ini rindu dekat saya. Hampir lapan bulan juga kereta tak bergerak cuma panaskan enjin saja. Bila bawa kereta, pegang stereng rasa nak nangis, hiba.”
Tambahnya lagi, perasaan itu ekoran tersentuh atas kurniaan nikmat yang diberikan kepadanya malah tetap bangga dan bersyukur di atas rezeki kurniaan Allah kerana mampu membeli kereta itu ketika berusia 22 tahun.
“Betapa bangga pada diri dan bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Saya beli kereta ni masa umur 22 tahun.”
Dalam entri yang sama Safiey bagaimanapun dilihat turut menyesal dan akui mahu menyanjungi keluarga terutama kedua-dua ibu bapanya selepas kesilapannya dua tahun lalu.

Aku bkn artis
August 14, 2020 at 12:46 pm
takde cite utk artis bermoral sikit ke nk buat story?? sape dia ni? retis ke. pelis laa BEAUTIFUL NARA. takde modal nk buat story dah ke? *tepuk dahi
anon
August 11, 2020 at 4:42 pm
Semua org ada pencapaian sendiri, bukan awak sorang je. Ramai je org melayu yg pegi study waktu 22, skrg dh bersara xpayah nak promote jual brg2 xberfaedah yg awak jual tu. Ilmu ada, amal ada, harta ada, seimbang semuanya alhamdulillah. Yg diorang xde imej buruk macam awak hahahaha.