Safiey Ilias Jadi Pondan Semula, Salahkan Tohmahan Orang Ramai

Trending

Safiey Ilias Jadi Pondan Semula, Salahkan Tohmahan Orang Ramai

Setiap manusia bertanggungjawab pada kehidupannya dan bertanggungjawab pada pilihan yang dibuatnya. Begitulah konsep kehidupan seperti yang dianjurkan dalam ajaran agama kita. Jadi memang agak pelik apabila pengusaha kosmetik Safiuddin Ilias atau lebih dikenali di alam maya sebagai Safiey, mendakwa berubah jadi pondan semula kerana ‘tohmahan orang ramai’.

pudinSebelum ini, kisah Safiuddin @ Safiey pernah menjadi viral kerana dia telah menjalani pembedahan membuang payudara palsu dan mengubah penampilan untuk kembali kepada fitrah sebagai seorang lelaki. Kisah ini membantu mempopularkan Safiey dan meningkatkan sambutan kepada perniagaan kosmetik miliknya.

Advertisement


Terbaru dalam satu penerangan panjang lebar di akaun Instagramnya, Safiey mendakwa menjadi pondan semula kerana ‘penat menjadi baik’ dan tidak tahan dengan kata-kata dan tohmahan orang ramai.

f5Qxpc45e51a7-e566-4f94-b689-cdb1c1e2aa387fc69cc9-cd27-4a28-a5c3-d5961c4b16fe

Assalammualaikum semua. Sebelum itu saya nak mintak maaf andai posting ni panjang lebar. Cuma ini luahan saya.

Saya sebenarnya dah terlampau penat untuk menjadi baik dengan kembali kepada fitrah. Sebab apa jua yang saya buat masih ada orang tetap tak puas hati dan mempertikai. Saya jadi pondan orang hina, saya jadi lelaki pun orang hina dan orang pertikai . Ada yang kata saya tunggang agama , ada yang kata saya gunakan agama untuk bisnes dan bermacam lagi sejak penghijrahan saya tempoh hari. 1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tapi kalau beratus kali ia beri efek pada mental dan emosi saya. Saya dah jadi lelaki pun orang tanya mana misai dan janggut saya. Entahlah. Saya fed-up.

Terus terang cakap saya penat sangat-sangat dan tak tahu nak tuju kemana lagi untuk bawa diri . Setiap apa yang saya lakukan semua orang masih tak puas hati. Dah tak ada gunanya saya menjadi baik kalau saya terus dilemparkan dgn pelbagai kata-kata hinaan . Saya pun ada perasaan tipu kalau saya kata saya tak sedih dengan semua ni . Sumpah saya penat sangat-sangat . Sana sini orang fitnah, dan orang tak habis-habis kaitkan penghijrahan saya dengan bisnes . Memang agaknya kamu semua tak boleh pisahkan dua benda ini daripada saya . Maaf tapi bisnes saya dah meletup-letup 3 tahun lalu sejak saya menjadi pondan lagi. Tak perlu nak cakap saya berhijrah sebab bisnes saya tengah down , nak bayar Hummer tak boleh bayar, saya jual kereta mini Cooper sebab bisnes tengah lingkup, dan bermacam lagi dakwaan lain. Saya penatlah dengan semua ni. Saya tak penah ada masalah kewangan! .

Saat ini, hari ini , saya betul-betul nak mintak maaf dekat semua followers saya yang mengagumi saya tak kisah lah atas apa jua sebab sama ada penghijrahan saya mahupun kejayaan bisnes saya, saya ambik keputusan untuk jadi pondan semula sebab saya dah terlalu penat melalui dugaan yang tak pernah putus-putus. Saya dah penat nak layan dan hadap tohmahan kamu semua semua bila saya jadi baik pun orang bercakap. Biarlah saya menjadi diri sendiri dan happykan diri saya ikut cara saya.

Kepada semua ahli keluarga saya , saya minta maaf sangat-sangat sebab kecewakan harapan akak-akak saya dan mak ayah saya. Tak perlulah nak libatkan mereka dalam keputusan yang saya ambil hari ini sebab mereka pun sedih dan kecewa. Tak perlu libatkan mereka apa-apa dan tak perlu nak salahkan mereka macam kamu semua salahkan saya. Keputusan saya ini biarlah saya yang tanggung dan biarlah saya yang hadap . Hanya keluarga yang tahu apa yang saya lalui.

Kepada kawan-kawan saya terutama Harry Zulkifli, aku harap kamu terus tabah dan istiqamah dalam penghijrahan yang berliku dan pedih ni . Maafkan aku sebab tarik kamu berhijrah dulu tapi aku yang terkandas dulu . Aku dah pnat sangat-sangat dan kamu sendiri yang tahu apa aku lalui . Teruskan melangkah dan doakan aku.

Kepada Sheikh Sulaiman , Azie Shaziana dan Syarifah Furaiha, maafkan saya tau sebab saya telah mengalah dan tewas kali ni. Kamu semua baik sangat-sangat dan sentiasa beri sokongan moral pada saya. Terima kasih juga kepada orang kuat Al Hijrah yang mesej saya tadi dan siap doakan saya di depan Kaabah tadi . Terima kasih juga pada ustaz-ustaz dan Daie Wan Dazrin sebab Whatsapp saya tadi . Maafkan saya buat anda semua kecewa.

Akhir kata, doakan saya semoga penamat hidup saya dikembalikan dalam keadaan yang sebaik baiknya . Terima kasih sangat-sangat sebab kamu semua sentiasa mendoakan saya. Harap Allah beri ruang untuk saya.

Jadi maaf sahabat-sahabat semua.  Saya penat. Lepas ini kamu semua nak cakap apa kamu semua cakap lah saya dah tak kisah . Sekarang saya buktikan kepada kamu semua semua saya tak kisah bisnes saya lingkup atas keputusan saya ni sebab saya tak pentingkan bisnes dah!

Berhenti cakap saya berubah itu ini sebab bisnes dan duit . Perlaking saya meletup-letup dulu sebelum saya berhijrah lagi . Biarlah saya menjadi diri saya sendiri . Kalau nak viralkan pun saya tak kisah dan saya tak akan jawab apa-apa dah pasal isu ni . Orang dah jadi jahat dan jahil , nak cakap apa pun cakaplah dah memang kita jadi jahat.

Instagram ni Instagram betul saya . Ada pihak siap buat akaun palsu dah nak tambah followers. Pelik-pelik kamu semua ni . Saya mengalah . Maaf sekali lagi. Wassalam . Selamat malam.

Sekiranya Safiey tahu bahawa ahli keluarganya tidak bersalah dan tidak perlu dilibatkan maka dia juga patut tahu orang ramai tidak patut dipersalahkan dalam keputusannya untuk menjadi pondan semula. Kita semua bertanggungjawab terhadap keputusan diri sendiri sebagai orang dewasa.

Tiada apa yang diperkatakan orang lain yang akan mampu membuat kita menjadi apa yang kita tidak mahu jadi. Perubahan jika dilakukan kerana Allah maka kita tidak ada sebab untuk kembali kepada kesilapan lama, walau apa pun yang orang kata.

Melainkan kita terkesan kerana apa yang dikatakan orang itu betul?

Tambahan pula, yang mengata hanya segelintir tetapi yang menyokong dan memberi semangat itu hampir semua. Kenapa dengar kata segelintir orang?

Kata orang hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih.

Apa pendapat anda? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...