Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Safiey Ilias mendedahkan punca utama dia sering melakukan pembedahan estetik di wajahnya hanyalah disebabkan hobi dan faktor minat semata-mata.
Safiey menjelaskan bahawa dia tidak berbuat perkara demikian kerana ingin mencapai ketenangan dan kepuasan diri seperti yang didakwa sesetengah individu di luar sana.
Oleh disebabkan itu, Safiey yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Ratu’ ini berkata lagi, tindakannya mengubah bentuk wajah bukanlah untuk kecantikan semata-mata tetapi kerana dia suka berbelanja ke arah seperti itu.
View this post on Instagram
“Ratu bedah bukan sebab ada masalah, stress, down dan tak ada kena mengena dengan ketenangan ke apa ke. Nak cantik? Ratu buat bukan untuk kecantikan dan bukan kecantikan kepuasan yang ratu cari. Memang hobi ratu suka berbelanja, suka cantikkan diri, suka bedah, suka beli barang lepastu tak pakai, ratu preloved.”
Dia dilihat telah berkongsikan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagramnnya, baru-baru ini.
Penjelasan itu dibuat Safiey kerana dia ingin menjawab persoalan netizen yang bertanyakan sama ada dirinya memperoleh ketenangan jiwa dengan melakukan perbuatan mengubah bentuk wajahnya itu selama ini.
Tambah Safiey lagi, dia melakukan semua itu atas minatnya sendiri dan tidak melibatkan peranan individu lain di sekelilingnya. Dia turut meminta orang ramai tidak menyamakan minatnya untuk melakukan pembedahan di wajah dengan minat individu lain di luar sana kerana merasakan hobi setiap orang adalah berbeza-beza.