“Safety Kelaut” – Wanita Dukung Anak Sambil Naik ‘Flying Fox’ Undang Kecaman

Kehidupan

“Safety Kelaut” – Wanita Dukung Anak Sambil Naik ‘Flying Fox’ Undang Kecaman

Boleh dikatakan, zaman sekarang ini aktiviti extreme selalu menjadi pilihan ramai, bukan saja dikalangan orang muda, malah ibu bapa juga akan membuat aktiviti seperti itu bersama anak-anak.

Bagaimanapun, baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan seorang wanita bersama anaknya yang masih kecil melakukan aktiviti extreme dan ia mengundang rasa kurang senang daripada kalangan warganet.

Advertisement

Melalui video berdurasi lebih dari seminit itu, wanita terbabit terlihat melakukan flying fox sambil mendukung anak di hadapan badannya.

Difahamkan dari laporan Lobak Merah, video yang berasal dari platform TikTok itu menjadi tular di Twitter dan disebabkan itu, ramai mempertikaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa hingga mengabaikan keselamatan anak.

komen netizen

komen netizen

komen netizen

Malah, ada juga mempersoalkan kesahihan tempat dia melakukan aktiviti extreme itu sama ada mempunyai lesen kebenaran ataupun tidak.

Sedar dirinya dikecam dan keselamatan tempat itu dipersoalkan, individu tersebut tampil memberi respon dengan menunjukkan dokumen bahawa tempat itu mendapat kebenaran dari pihak Jabatan Daerah dan JKR.

 

lesen flying fox

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Syok Ke Jadi Anak Aliff Syukri?" - Ammar Dedah Pernah Rasa Bapa Zalim & Kejam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Lobak Merah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...