Ura-ura yang tersebar sebelum berlakunya majlis menandatangani kontrak ini sebenarnya betul apabila pada 14 jam yang lepas, page FB kelub penyokong johor telah men’upload’ 3 keping gambar yang memaparkan Tengku Muda Johor sendiri dan koloni nya telah pergi ke Wisma FAM untuk berjumpa pemain Harimau Malaya yang akan menyertai Kelub Harimau Selatan untuk musim baru Liga Super Malaysia yang akan datang. Mereka mengambil Safee Sali sebagai pemain pinjaman selama setahun dari Arema FC Indonesia tapi ini masih dipertikai kerana Arema masih dalam liga super indonesia yang telah diharamkan oleh FIFA, jadi bolehkah Safee Sali bermain secara pinjaman untuk pasukan lain? Persatuan Bolasepak Negeri Johor juga telah mendaftarkan Kelab Bolasepak Darul Takzim atau akan dikenali sebagai Pasukan Johor. Pasukan tersebut sebelum ini lebih dikenali sebagai Pasukan Johor FC. Penukaran nama tersebut telah pun diluluskan oleh oleh FAM. Pasukan tersebut akan beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan.