Nampaknya jodoh Safee Sali dan isterinya, Sabarina Yusof berakhir pada 2 April 2012. Safee Sali telah sah bercerai dengan isterinya dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Safee melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup dengan kehadiran peguam kedua-dua pihak.
Untuk makluman, Safee Sali dan bekas isterinya dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna yang berusia setahun. Punca penceraian tidak diketahui dan keputusan untuk bercerai telah dibuat secara sukarela oleh kedua-dua belah pihak. Semoga anak-anak Safee dan Sabarina tidak diabaikan selepas penceraian ini.

kekasih yg tak dianggap
April 6, 2012 at 5:14 pm
berhentilah doa yg tak elok……..doa yg baik2 sudahla…..mungkin jodoh dorang setakat tu je, nak buat camane……..atau mungkin dorang akan bersatu kembali selepas ni….
khalijah jamil
April 6, 2012 at 3:51 pm
Begitulah lumrah manusia, bila susah, sama-sama susah, bila dah senang dengan tawaran gaji yg lumayan setiap bulan mula mencipta berbagai-bagai alasan untuk berpisah………
princess
April 4, 2012 at 10:27 pm
lelaki mmg tak tahan godaan…kesian x-wife dia :(
hatiku jua
April 4, 2012 at 7:00 pm
korang berhentilah mengutuk safee or ex-wife safee……..dorang dua2 ni memang baik….sepadan sangat….tapi disebabkan “pihak lain” la dorang jadi macam ni…..sian anak2 dia….aku harap sangat2 dorang akan rujuk semula…..demi anak2…
haha
April 4, 2012 at 6:33 pm
muka bini dia cam pondan. oops~
aku lah
April 4, 2012 at 6:56 pm
ko dah tengok bini dia depan2 ke??????aku kenal bini dia laa…..