Sehingga hari ini, masih ramai lagi yang memperkatakan mengenai isu membabitkan Safawi Rasid dan pelakon baru, Syifa Melvin di mana prestasi pemain bintang pasukan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dikatakan menurun gara-gara gadis berkenaan yang didakwa memaksanya untuk berkahwin.
Teruk juga Syifa dikecam tetapi ada pula netizen mendedahkan dan menggelarkan Safawi seorang “kaki perempuan” kerana pernah dikaitkan dengan ramai wanita.
Netizen dakwa Safawi curang?
Ada netizen meluahkan rasa marah terhadap Safawi kerana mengadu kepada majikan mengenai masalah peribadinya. Malah, netizen itu mendakwa Safawi telah berlaku curang tanpa pengetahuan Syifa.
Kenyataan itu ibarat mencurahkan minyak ke dalam api yang sedang membara sehingga memberi persepsi buruk dimana ramai yang menganggap pemain bola sepak itu sebagai “kaki perempuan”.
“Benda ni dah lepas, jangan kaitkan lagi” – Safawi
Berang dengan kenyataan yang dikeluarkan sehingga memburukkan namanya, Safawi meluahkan rasa kesal apabila kisah lamanya diungkit kembali.
Terdahulu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan fokus pemain itu hilang selepas dikatakan berdepan tekanan apabila didesak untuk berkahwin oleh teman wanitanya. Susulan itu, Safawi menerusi akaun Instagramnya memohon maaf kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik musim ini. Dia berjanji dan tekad untuk kembali “mengaum”.