Safawi Rashid Tunaikan Hasrat Adik Berusia 10 Tahun Untuk Miliki PlayStation 4

Kehidupan

Safawi Rashid Tunaikan Hasrat Adik Berusia 10 Tahun Untuk Miliki PlayStation 4

Bagi mereka yang ingin mencapai sesuatu pastinya mereka perlu bekerja keras bagi mendapatkannya. Itulah yang dilakukan oleh seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Puchong ini.

Usaha tangga kejayaan.

Pada 31 Mei lalu, Sally Nur Dinie telah berkongsi di Twitter yang adiknya berhasrat untuk membeli Sony PlayStation4 (PS4) untuk dirinya sendiri dan bagaimana dia berusaha untuk mendapatkannya.

Advertisement


Dia memberitahu bahawa Danish ‘mengidam’ untuk mendapatkan PS4 itu sejak tahun lalu dan ibu mereka telah bersetuju untuk mendapatkannya sekiranya dia mendapat keputusan peperiksaan yang baik, namun, dia tidak berjaya.

Oleh itu, ayah mereka telah memberikan idea untuk Danish membuat dan menjual jus mangga kerana ibunya mempunyai perniagaan acar mangga. Danish begitu teruja dengan idea itu kerana ia mampu membantunya mendapatkan PS4 dengan lebih cepat.

Dia kini menjual setiap botol jus mangga dengan harga RM3 sebotol termasuk penghantaran percuma untuk warga Puchong dengan dibantu keluarganya.

Tweet tersebut telah menarik perhatian pemain bola sepak Harimau Malaya dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid yang mengatakan bahawa dia berbesar hati untuk membelikan Danish PS4 yang diidamkannya itu.

Dibesarkan dengan 13 orang adik beradik, Safawi menceritakan bahawa dia tidak dapat menikmati banyak kemewahan dan akan mengumpulkan duit raya setiap tahun untuk membeli apa yang dihajati.

Melihat tekad Danish, Safawi merasakan bahawa dia sangat memahami dan terpanggil untuk menunaikan impian Danish itu.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...