Bagi mereka yang ingin mencapai sesuatu pastinya mereka perlu bekerja keras bagi mendapatkannya. Itulah yang dilakukan oleh seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Puchong ini.
Usaha tangga kejayaan.
Pada 31 Mei lalu, Sally Nur Dinie telah berkongsi di Twitter yang adiknya berhasrat untuk membeli Sony PlayStation4 (PS4) untuk dirinya sendiri dan bagaimana dia berusaha untuk mendapatkannya.
adik i umur 10 tahun start berniaga Pure Manggo Juice sebab nak beli ps4 so tadi i tolong carikan dia customer lepastu customer ni order 6 botol, tengokla adik i now terus senyum lebar dah, siapa nak order boleh dm i okie hehe thank you!!??? pic.twitter.com/FoPAgczj1S
— sallydinielim? (@Sally_Dinie) May 31, 2020
Dia memberitahu bahawa Danish ‘mengidam’ untuk mendapatkan PS4 itu sejak tahun lalu dan ibu mereka telah bersetuju untuk mendapatkannya sekiranya dia mendapat keputusan peperiksaan yang baik, namun, dia tidak berjaya.
Oleh itu, ayah mereka telah memberikan idea untuk Danish membuat dan menjual jus mangga kerana ibunya mempunyai perniagaan acar mangga. Danish begitu teruja dengan idea itu kerana ia mampu membantunya mendapatkan PS4 dengan lebih cepat.
Dia kini menjual setiap botol jus mangga dengan harga RM3 sebotol termasuk penghantaran percuma untuk warga Puchong dengan dibantu keluarganya.
Tweet tersebut telah menarik perhatian pemain bola sepak Harimau Malaya dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid yang mengatakan bahawa dia berbesar hati untuk membelikan Danish PS4 yang diidamkannya itu.
Dibesarkan dengan 13 orang adik beradik, Safawi menceritakan bahawa dia tidak dapat menikmati banyak kemewahan dan akan mengumpulkan duit raya setiap tahun untuk membeli apa yang dihajati.
Melihat tekad Danish, Safawi merasakan bahawa dia sangat memahami dan terpanggil untuk menunaikan impian Danish itu.
Sumber
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.