Sadis! Remaja Pukul Ibu Sendiri Guna Batu Hingga Mati, Dipercayai Alami Gangguan Mental

Kehidupan

Sadis! Remaja Pukul Ibu Sendiri Guna Batu Hingga Mati, Dipercayai Alami Gangguan Mental

Sadis dan brutal, itulah yang boleh digambarkan dalam kejadian yang berlaku di Langkat, Desa Paya Bengkuang, Medan, Indonesia apabila seorang anak berumur 18 tahun membunuh ibunya sendiri dengan menggunakan batu.

Menurut laporan Tribunnews, mangsa dikatakan dipukul berkali-kali sehingga menyebabkan kesan lebam di seluruh badan.

Advertisement

Difahamkan, mayat mangsa yang terbaring kaku dan berlumuran darah ditemui oleh jiran yang terus melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis dan ketua kampung.

Sumber : Tribunnews 

Dalam informasi yang diperolehi, mangsa dikenali sebagai Rasiah Sumartin, 54, dan suspek iaitu anaknya sendiri Chandra Swasana.

Walau bagaimanapun, suspek berjaya ditahan oleh pihak polis di kawasan Gebang dan dikatakan mempunyai gangguan mental.

Namun, suspek kini masih lagi di bawah pemerhatian pihak berkuasa demi menentukan motif pembunuhan sama ada berkait dengan mental ataupun tidak.

3 years ago

Misteri Terungkai! Lelaki Malaysia Dilaporkan Hilang Rupanya Mati Dibunuh Sindiket Dadah Di Australia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Tribunnews

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...