Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, Sabronzo sentiasa menjadi perhatian netizen berikutan penampilannya yang sering dianggap seksi. Terbaharu, penyanyi itu sekali lagi mengundang pelbagai reaksi selepas memuat naik sekeping foto di media sosial, baru-baru ini.
Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, menerusi satu hantaran di Instagram dilihat menggayakan dres singkat bercorak biru dan hijau gelap yang menampakkan bahagian belakang serta paha. Perkongsian tersebut turut disertakan dengan emoji pokok kelapa di ruangan kapsyen.
Hantaran berkenaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, apabila segelintir meluahkan rasa kurang senang dan kesal terhadap penampilan penyanyi itu yang dilihat semakin seksi.
“Makin teruk lah dia ni. Adoyaii, tak teruk tak Kelantan laa.”
“Murahnya, bagi orang lain tonton badan.”
Bagaimanapun, di sebalik kritikan yang diterima, tidak kurang juga peminat yang tampil mempertahankan Sabronzo dan meluahkan rasa kagum terhadap bentuk tubuh badannya yang langsing.
Sehingga artikel ini ditulis, Sabronzo dilihat tidak memberikan sebarang respon terhadap kritikan netizen berhubung penampilannya itu.
Sekadar info, Sabronzo telah mendirikan rumah tangga bersama seorang DJ dan penerbit muzik elektronik dari Belanda yang juga merupakan ahli utama kumpulan terkenal, Dash Berlin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
