Penyanyi kumpulan Dolla, Sabronzo akhirnya mengesahkan bahawa dirinya sudah sah bergelar isteri kepada DJ popular antarabangsa, Dash Berlin.
Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli berkongsi berita gembira itu menerusi beberapa foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada Isnin.
Walaupun tiada kenyataan rasmi mengenai majlis tersebut dikongsikan, hantaran berkenaan hanya disertakan emoji cincin dan hati, sekali gus menguatkan spekulasi yang selama ini hangat diperkatakan.
Ruangan komen hantaran tersebut pantas dibanjiri ucapan tahniah daripada para peminat dan rakan artis yang tumpang gembira dengan perkhabaran itu.
Terdahulu, beberapa foto perkahwinan seorang wanita menyerupai Sabronzo tular di media sosial. Dalam foto berkenaan, wanita terbabit kelihatan anggun mengenakan busana pengantin putih di sebuah majlis ala barat sambil tersenyum manis di sisi pasangannya, yang dipercayai Dash Berlin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.