Sabri Yunus Akui Tak Terlalu Memaksa Angeline Tan Untuk Solat – “Biarlah Dia Ambil Masa Faham Islam Dulu”

Hiburan

Sabri Yunus Akui Tak Terlalu Memaksa Angeline Tan Untuk Solat – “Biarlah Dia Ambil Masa Faham Islam Dulu”

Pelakon Sabri Yunus, yang baru mendirikan rumah tangga bersama Angelina Tan baru-baru ini bersyukur perkahwinan mereka mendapat doa yang baik daripada peminat.

Meskipun dilanda kontroversi ‘tidak sah’, aktor itu berkata dia memilih untuk positif dan tidak ambil peduli kerana perkahwinan mereka mendapat restu keluarga terutamanya anak-anak.

Advertisement

sabri yunus
1 year ago

Pendakwah Dakwa Pernikahan Sabri Yunus & Angeline Tan Tak Sah, Dikira Berzina - "Agamawan Tidak Harus Bersikap Begitu"

Tambah Sabri, beberapa tahun lepas dia pernah bercakap dengan Angeline bahawa jika mereka berkahwin, seluruh rakyat Malaysia akan menyukainya.

Pelakon berusia 62 tahun itu turut berkata isterinya kini dalam fasa mengenali serta memahami Islam dan sebagai suami dia enggan terlalu memaksa.

sabri

Katanya, dia memberi Angeline tempoh tiga tahun untuk mengenali dan cuba fahami Islam dan selepas itu barulah aktres itu ‘convert’ dan mereka berkahwin.

Jadi, saya tak harap dia buat semua perubahan dalam masa singkat, macam misalnya bangun pagi esok kena sembahyang. Biarlah dia mengambil masa untuk memahami Islam lebih dulu.

Ujar Sabri lagi, jika bukan kerana Angeline sudah faham dengan Islam, rumah tangga mereka berkemungkinan musnah disebabkan kontroversi ‘nikah tak sah’ tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...