Kenyataan yang dikongsikan Irma Hasmie bersama foto di Instagram baru-baru ini meraih perhatian ramai apatah lagi dia dikhabarkan sudah lama tidak berkongsi gambar suaminya.
Ia menimbulkan tanda tanya mengenai status perkahwinannya namun pelakon yang sudah lama tidak aktif dalam dunia seni itu telah pun tampil meminta maaf.
Menerusi Instagram, Irma sempat membalas salah satu komen pengikutnya di hantaran tersebut di mana individu itu berkata ramai yang memberikan respon negatif.
Kadang-kadang, bagaimana kamu respon pada situasi itu melambangkan segalanya tentang karakter seseorang.”
View this post on Instagram
Ibu kepada dua anak itu juga berharap agar semuanya dalam keadaan baik dan terkawal selain turut meminta maaf.
Irma juga dilihat membalas komen rakan baiknya, Diana Amir yang memberikan kata-kata semangat dengan mengatakan dia menjadi inspirasi ramai wanita di luar sana.
Sabar tu memang ku genggan semampunya.”
Sekadar info, Irma dan Reza Syah Azmeer mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan mereka dikurniakan dua orang anak.