Rasanya satu Malaya dah tau kot Fizz Fairuz ngan Almy Nadia nie bercinta. Kalau anda tak tahu lagi maknanya anda sememangnya tak baca suratkhabar Bahasa Melayu. Sebab rasa-rasanya dah dekat berpuluh kali jugak Almy ngan Fizz Fairuz nie keluar suratkhabar mengaku diorang tengah jiwang karat tahap paku besi punya.
Rupa-rupanya dah dekat 3 tahun dah diorang nie bercinta. Itu yang Fizz Fairuz dah teruja kot. Tapi nasib baik Fizz Fairuz masih dapat kontrol “kemachoannya” sebab nak bagi Almy Nadia berlakon puas-puas.
[note]Bukan tak mahu berkahwin sekarang tapi saya bagi peluang untuk Almy berlakon sepuas-puasnya sebab dia nak sangat jadi artis. [/note]
Tapi kena hati-hati gak ye. Bercinta boleh tapi kalau lama-lama sangat nie banyak rintangan dan cabarannya. Lelebih lagi bila yang lakinya hensem macam Fizz Fairuz nie. Mesti ramai awek-awek gatal datang menggoda. Yang Almy Nadia nie jangan kira la plak kan. Mesti Dato’ Dato’ tua ada yang dah try nak cucuk line dah.
Tapi apa-apa hal pun kami di BeautifulNara sentiasa mendoakan agar Almy Nadia dan Fizz Fairuz berbahagia sehingga ke jinjang pelamin. All the best in percintaan anda berdua.