Bertindak menghadiahkan tunangnya Isa Khan sebuah iPhone 12, nama pelakon Risteena dan pasangannya kini kembali menjadi bualan hangat netizen.
Kata Risteena, hadiah itu merupakan sebagai ganti telefon lamanya yang hilang sebelum ini.
Dalam perkongsian video di laman Instagramnya, Isa dilihat amat terkejut dengan kejutan yang dibuat oleh tunangnya.
Malah, kakak kepada pelakon Ruhainies iu juga khabarnya sempat menitipkan ucapan buat Isa yang selama ini menjaganya dengan baik serta sentiasa bersabar dengan perangainya.
“Saya nak bagi kek ini sebab awak jaga saya dengan baik, sentiasa sabar dengan perangai saya yang gila ni kan. Terima kasih banyak-banyak.”
Mejengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya terharu dengan layanan yang ditonjolkan oleh Risteena kepada Isa.
Malah mereka juga tidak ketinggalan menzahirkan raa gembira melihat pasangan ini sentiasa bahagia dan tampak romantis bersama.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Isa dan Risteena yang sepatutnya berkhawin pada 20 November lalu selepas setahun bertunang terpaksa menunda hari perkahwinan mereka susulan pandemik COVID-19.
Sumber: IGTV Risteena