Kisah pergolakkan rumah tangga Rita Rudaini dan pemain bola sepak Aidil Zafuan beberapa tahun lalu antara yang paling mendapat liputan luas media dan bualan hangat netizen. Ditambah pula dengan episod Rita turun naik mahkamah demi mempertahankan hak anak-anaknya.
Meskipun pelbagai spekulasi dan andaian yang timbul, sehingga hari ini punca sebenar perpisah mereka masih tidak diketahui.
Tidak mampu untuk menjawab setiap persoalan satu persatu, Rita menerusi muat naik terbaru di akaun Instagramnya meluahkan isi hatinya tentang kisah anak-anaknya yang masih kecil terpaksa hidup tanpa kasih seorang bapa yang tiba-tiba menghilang secara ‘kejam’.
Rintihan hati Rita itu cukup menyentuh hati ramai yang turut bersimpati dengan ujian yang dilalui oleh pelakon wanita itu. Rata-rata netizen tidak putus memberikan kata-kata semangat kepada beliau.