Rusuhan Ragut Ratusan Nyawa, Askar Enggan Akur Arahan PM Bangladesh Temb*k Orang Awam Di Jalanan

Berita

Rusuhan Ragut Ratusan Nyawa, Askar Enggan Akur Arahan PM Bangladesh Temb*k Orang Awam Di Jalanan

Hujung minggu lalu, kerajaan Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis ketika protes pelajar, memetik Bernama.

Difahamkan, Perdana Menteri negara itu telah mengarahkan tentera untuk melepaskan tembakan kepada individu-individu yang melakukan protes tersebut bagi menyuraikan keadaan.

Advertisement

Lebih daripada 100 orang dilaporkan telah terkorban sejak keganasan tersebut tercetus pada Selasa lalu.

Malah, saluran internet, telefon dan juga telekomunikasi yang lain juga dipotong dan tidak dapat diakses sekaligus membuatkan perhubungan dan info mengenai insiden itu tidak dapat diketahui dunia luar.

Demonstrasi itu berpunca daripada penunjuk perasaan yang menuntut kerajaan untuk menamatkan sistem kuota yang mengutamakan pekerjaan untuk saudara-mara veteran yang berjuang dalam perang kemerdekaan dari Pakistan pada tahun 1971, di mana mereka menganggap ianya seperti satu diskriminasi.

Tentera negara Bangladesh yang terdiri daripada beberapa Batalion dilaporkan tidak mahu mengikuti arahan Perdana Menteri, Sheikh Hasina untuk menembak rambang para penunjuk perasaan kerana mereka menolak rasuah serta meletakkan sumpah bahawa orang awam adalah individu yang sepatutnya dilindungi.

Askar Bangladesh enggan akur arahan PM tembak rambang

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 months ago

Najib Razak Masih Belum Langsaikan Tunggakan Cukai RM1.7 Bilion Kepada LHDN


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...