Rusia Kenakan Denda Terhadap Google Dengan Jumlah Yang Tidak Masuk Akal

Berita

Rusia Kenakan Denda Terhadap Google Dengan Jumlah Yang Tidak Masuk Akal

Rusia telah didakwa cuba untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah daripada salah satu syarikat teknologi terbesar di dunia iaitu Google dengan satu angka yang tidak terjangkau nilainya.

Google telah dilaporkan berhutang kepada Kremlin lebih daripada 2 undecillion rubel iaitu angka 2 dan diikuti dengan 36 sifar.

Advertisement

google

Menurut laporan CNN, tuntutan ini hadir selepas Google enggan membayar denda-denda terdahulu yang dikenakan akibat sekatan terhadap beberapa saluran pro-Rusia di aplikasi Youtube sejak 2022.

Penalti yang hampir tidak boleh dilafazkan itu berjumlah AS$20 decillion, sekitar AS$20 bilion trilion trilion.

Media di negara Rusia, TASS, telah melaporkan minggu ini bahawa mahkamah Rusia sebelum ini mengarahkan Google memulihkan saluran YouTube kerana beberapa daripadanya telah disekat sejak 2022. Namun setelah Google berkeras, denda mula dikenakan dan kini berganda setiap minggu.

Ditanya mengenai tuntutan mahkamah, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov akui bahawa dia tidak dapat menyebut angka ini dengan betul namun dia berkata jumlah itu amat menakjubkan kerana ia dipenuhi dengan simbolisme ‘Google’.

Berikutan pencerobohan besar-besaran Rusia ke atas Ukraine, Google menyekat operasi di negara itu tetapi tidak menarik diri sama sekali, berbeza dengan beberapa syarikat teknologi Amerika yang lain.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain di bawah.

starbucks malaysia
3 weeks ago

Jadi Sasaran Boikot, Lebih 100 Cawangan Starbucks Di Malaysia Tutup Operasi?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : CNN

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...