Tular sebelum ini mengenai isu Rumah Biru ikonik yang sering menjadi latar sesebuah filem dan drama tempatan didakwa bakal dirobohkan.
Desas-desus mengenai perobohan rumah itu kemudiannya menjadi buah mulut netizen di media sosial yang mengkritik mengenai usaha tersebut.
Namun, menurut Syafiq Abdullah yang juga waris pemilik rumah berkenaan tampil menjelaskan hal sebenar.
Sebaliknya, rumah berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain bagi memberi laluan terhadap perlaksanaan projek pembukaan semula palong yang ditanam di bawah tanah rumah berkenaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur.
Projek belum bermula lagi ya dan untuk maklumat semua, rumah kami ini InsyaAllah tidak dirobohkan ya. Kami diminta keluar bagi memudahkan projek berlangsung nanti.
Sekiranya apa-apa berlaku pada masa hadapan, Insyallah pemaju akan baik pulih seperti sedia kala. Sama-sama kita doa semua selepas tamat projek nanti, kami boleh pulang ke kampung halaman kami ni.
Sebelum ini, kisah perobohan Rumah Biru itu diikuti ramai pihak memandangkan ia menjadi lokasi penggambaran filem seperti Adnan Sempit, Remp-It dan Impak Maksima.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.