Rupanya Seorang OKU, Abang Suspek Rompakan Di Bank Dedah Perangai Sebenar Adiknya

Kehidupan

Rupanya Seorang OKU, Abang Suspek Rompakan Di Bank Dedah Perangai Sebenar Adiknya

Pada minggu lalu, kita dikejutkan dengan berita mengenai kes rompakan bank di Kota Tinggi yang menjadikan seorang wanita sebagai tebusan. Rata-rata ramai yang terkejut apabila suspek yang berusia 19 tahun itu dengan beraninya menjadikan wanita itu sebagai tebusannya.

Baca: Ibu Mangsa Tebusan Rompakan Di Bank Kongsi Detik Cemas Semasa Anaknya Ditarik Perompak

Advertisement

Suspek kemudiannya meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditembak oleh pengawal keselamatan bank bagi melindungi orang awam. Azhari A Bakar yang merupakan abang kepada suspek memberitahu, adiknya itu sebenarnya adalah orang kurang upaya (OKU) disleksia. Dia disifatkan seorang lurus bendul, menyayangi ibu mereka dan peramah.

“Nak kurang ajar dengan orang tua pun dia takut, inikan lagi nak merompak bank yang terdapat ramai orang.”

rompakan bank

Semasa hari kejadian, adiknya Azhar yang mesra dipanggil mesra dipanggil Doyok itu keluar dari rumah seorang diri kira-kira jam 1 tengah hari. Dia keluar memandu kereta Proton Wira tanpa sempat menjamu masakan kari ayam yang dimasak ibu mereka.

Adiknya itu juga ada memaklumkan mahu berangkat ke Mersing pada malam sebelumnya untuk mencari kerja bersama rakannya. Sebelum keluar rumah pada tengahari itu, dia sempat ke kedai membeli lauk yang dikirim ibu mereka.

Tidak lama selepas adiknya keluar, mereka menerima panggilan telefon daripada pihak polis. Mereka bertanya mengenai kad pengenalan dan lesen memandu milik adiknya. Pada mulanya, mereka menyangka adiknya itu ditahan kerana tiada lesen memandu namun terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Luaran nampak normal

Tambahnya lagi, adiknya itu secara fizikal kelihatan normal seperti biasa. Hanya ahli keluarga dan mereka yang mengenalinya sahaja yang tahu dia adalah OKU.  Apa yang lebih menyedihkan, mereka baru sahaja menyambut hari jadinya pada hari Rabu yang lalu. Malah, adiknya itu sempat membelanja adik beradik mereka yang lain. Katanya, ibu mereka menangis kerana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa arwah.

rompakan bank

“Hati mak mana tidak sedih apabila mendengar khabar berita itu. Mak terduduk, menangis. Malah, hati saya juga sakit, orang tuduh. Mereka tak tahu cerita. Saya tahu ada orang di belakang dia (Azhar) buat kerja itu bukan seorang, mesti ada kawan yang suruh.”

Dia sendiri berasa sedih dengan nasib yang menimpa adiknya itu dan tidak sanggup menonton video yang tular di media sosial itu. Video yang dirakam oleh saksi di tempat kejadian menyaksikan adiknya itu menjadikan seorang wanita sebagai tebusan ketika di dalam bank.

Menurutnya juga, satu kampung mereka kenal dengan adiknya itu kerana dia seorang yang sangat ‘lurus’ dan sentiasa membantu untuk majlis rewang. Pada masa ini, mereka mengharapkan ada keadilan dan siasatan yang dilakukan dan meminta orang ramai untuk tidak cepat menghukum.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...