Ibu kepada Anna Jobling, Ariz memaklumkan punca anaknya membuat perintah injuksi terhadap dirinya adalah disebabkan desakan pihak ketiga.
Dakwa Ariz, Anna inginkan kebebasan sendiri dan percaya pihak ketiga iaitu pihak pengurusan pelakon itu banyak masuk campur dalam isu tersebut.
Perkara itu dimaklumkan Ariz ketika satu sesi siaran langsung bagi menjawab pertanyaan netizen berkenaan isu hangat yang melanda anak beranak itu.
Ketika injuksi keluar saya tak boleh dekat dengan dia. Kemudian sudah boleh tetapi bersyarat. Saya boleh jumpa dia kalau dia izinkan. Saya kena merayu macam puppy.
Ujanya lagi, dia kini enggan masuk campur urusan peribadi Anna dan sedia berundur.
Sebagai seorang ibu sekarang ini saya cuba untuk berundur selepas tidak lagi diperlukan.
Saya kena fikir untuk diri sendiri. Cuma saya, macam saya sudah tiada mak dan setiap kali ziarah pusara arwah saya kalau boleh nak keluarkan dia sebab nak cium dan peluk.
Walaupun Anna ada ibu tapi dia buang saya. Siapa sangka, tapi apa yang berlaku ini adalah ujian Allah.
Terdahulu, Ariz tampil mendedahkan dia telah menerima perintah injuski pada Disember tahun lalu dan hanya dibenarkan berjumpa dengan Anna dalam jarak 100 meter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.