Rupanya Ini Konsep Preorder iPhones, Sampai Berjuta Ringgit Kena Tipu

Trending

Rupanya Ini Konsep Preorder iPhones, Sampai Berjuta Ringgit Kena Tipu

Buat perniagaan pre-order iPhone. Lepas tu supplier lari. Kadang-kadang pembeli yang jenis nak beli iPhone 6 harga RM200 pun aku tak faham. Berurusanlah dengan mereka yang ada kedai fizikal. Mari aku kongsi  macam mana konsep pre-order iPhone ni, sampaikan ramai kena tipu.

Pre-order iPhones. Pernah dengar? Mesti familiar kan dengan kes ini untuk 2-3 tahun lepas? IPhone 5 RM 200, iPhone 6 RM 500, tapi kena tunggu dua hingga tiga bulan. Macam mana modus operandi dia? Skandal ini mengejutkan, bukan RM 50-100 scam. Juta terus dia main.
Ok. Bayangkan ada satu batch order. Katakan cukup order satu batch, ada duit modal RM10,000. Tapi dia akan terus ambil order dari pembeli, sampaikan dua tiga batch. Sebab apa?

Advertisement

Sebab kononnya bila dah cukup tiga batch, hasil duit daripada tiga batch tu, akan cover buat bayar batch yang pertama tadi. Untung batch pertama hehe. Kenapa dia buat macam itu? Sebab nak dapatkan kepercayaanlah, huhu

Sebab, kau beritahu aku. Hanya beritahu, mana nak dapat kos iPhone 6 refurbished (pasti telefon refurbished) tetapi pada kos RM 200-300? Kalau ada baik beli sendiri dan jual retail, untung 6-7 kali ganda, bosku.

Dan kemudian dia akan teruskan berniaga, sedap ambil order, pelanggan pun ditaruh harapan palsu. Kemudian apa jadi?

Sorry ya customers, barang tak lepas kastam’

Sorry ya ada problem shipping’

Sorry ya ada masalah dengan supplier’

Kesian, kepada penjual dan juga pembeli. Cuma dekat sini aku nak tekankan,

Untuk pembeli tolong fikirkan. Macam mana kau semua boleh percaya ada harga murah macam itu? Kalau murah RM 200 – 400 ke daripada harga retail biasalah tu.

Ini harga jualan yang macam itu.

###

Sumber: @mdzikry di Twitter

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...