Rupanya Fungsi Soak Boleh Bantu Bersihkan Mesin Basuh Anda

Trending

Rupanya Fungsi Soak Boleh Bantu Bersihkan Mesin Basuh Anda

Ramai diantara anda pasti ada yang menggunakan mesin basuh automatik untuk mencuci pakaian di rumah kan?

Adakah anda tahu tentang fungsi semua butang yang ada di mesin basuh tersebut? Pernah tak anda menggunakannya.

Advertisement

Kalau anda nak tahu, ada satu fungsi yang tersedia dapat membantu anda membersihkan mesin basuh yang berhabuk dan berkeladak.

Cuba anda bayangkan mesin basuh anda telah bekerja keras untuk mencuci pakaian anda dan keluarga hampir setiap hari selama bertahun, jadi pasti bayak kotoran yang terperangkap di dalam mesin basuh anda.

Mungkin anda jarang gunakan fungsi ini, jadi kami nak kongsikan satu fungsi yang boleh memudahkan kerja anda untuk mebersihkan mesin basuh dirumah yang pasti akan membuat anda teringin untuk mencubanya.

Sebenarnya, salah satu fungsi butang soak di mesin basuh anda tu selain daripada boleh mencuci pakaian, butang itu juga sangat berguna untuk mencuci mesin basuh anda juga.

Baju bau hapak

Pernah tak anda membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, anda jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ya, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

Bersihkan mesin basuh

Fungsi soak atau tub cleaning kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,

1.Tekan ON
2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START.
3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.

Sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.

Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi soak/tub cleaning janganlah anda letak kain pulak.

 

Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh. Nanti cuba buat tau,dan amalkan buat soak/tub cleaning dua bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi pula mesin basuh yang dah lapan tahun diguna tiba-tiba tak boleh digunakan. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, jadi beli yang baru kemudian bagi free mesin basuh rosak tu. Tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduh, rugi rasanya.

Sebab selama lapan tahun guna tapi tak pernah tahu fungsi soak da tube cleaning ni, lepas tu baru tahu.

Apa lagi, mungkin lepas ni anda boleh terus cuba gunakan fungsi soak cleaning ni. Mesin basuh bersih, tak perlu lagi risau pakaian bau hapak.

Sumber: Mommy Daily

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...