Penyanyi Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa syukur dan terharu apabila suaminya, Dr. Rushdi Ramli, tidak melafazkan cerai dalam prosiding sebutan pertama kes perceraian mereka hari ini.
Ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 52, mengakui tidak menyangka Dr. Rushdi masih menyimpan rasa sayang terhadap dirinya.
Namun begitu, Nora menegaskan bahawa sekiranya perceraian tidak diteruskan, banyak perkara perlu dipertimbangkan demi masa depan mereka.
Difahamkan, Dr. Rushdi memilih untuk tidak meneruskan penceraian.
Seronok juga (suami membantah perceraian) sebab rupa-rupanya dia masih sayang pada saya. Tetapi kena fikir langkah seterusnya macam mana. Kami tak bermusuh dan tiada benda yang nak benci dia. Sebab dia terlalu baiklah jadi begini. Namun, saya berserah.
Apabila ditanya sama ada tindakan memfailkan perceraian ini bertujuan mencipta kontroversi, Nora menafikan sekerasnya dan menjelaskan bahawa niatnya hanyalah untuk memperjelas keadaan sebenar.
Saya bukan nak cipta situasi atau buat drama. Saya tak perlukan semua itu dan hanya mahu bersihkan nama saya. Tindakan saya fail cerai pun sebab sudah terlalu penat melalui semua ini. Memang boleh bertahan tetapi sampai bila?
Nora turut memaklumkan bahawa sebarang perbincangan lanjut bersama suami akan dilakukan jika perlu.
Hari yang mendatang, saya perlu duduk bertafakur dan berfikir. Sekurang-kurangnya sudah lakukan perkara sepatutnya untuk keluar dari persekitaran toksik. Mengalah juga bukan bererti kita kalah. Hidup pun perlu diteruskan.
Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini menetapkan 4 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
Menurut peguam yang mewakili Nora, Sarah Mohd Ali, mahkamah memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan keputusan Dr. Rushdi yang enggan menceraikan Nora dalam prosiding hari ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.