Seperti yang kita sedia tahu, salah satu sumber air di Malaysia yang digunakan harian adalah air mineral. Air mineral merupakan sumber minumam yang kebiasaannya diperoleh dari bawah tanah dan mengandungi kandungan mineral yang tinggi.
Namun begitu, bukan semua air mineral di Malaysia mengandungi jenis sumber atau bahan yang dikenali sebagai silika.
Apa itu silika
Menurut sumber, silika merupakan bahan semula jadi yang wujud dalam tanah. Silika (SiO2) terbentuk daripada silikon dan oksigen yang berada di dalam tanah. Kajian juga menunjukkan bahawa silika mampu membantu kesihatan tulang sekiranya diambil dengan Vitamin D dan suplemen kalsium di samping kebaikan yang lain.
Tambahan pula, kajian yang sama menjelaskan bahawa air mineral yang mengandungi silika membekalkan bahan yang mudah diserap oleh badan.
Dapat ditemui di Langkawi
Ekoran itu, seorang individu telah memuat naik hantaran di aplikasi X yang menunjukkan air mineral yang dijumpai mengandungi kandungan silika paling tinggi iaitu sebanyak 94mg/l diambil dari Gunung Raya, Langkawi.
Tahun lepas Spritzer ada buat campaign untuk promotes benefits of silica to health sebab sumber air depa ada 60mg/l. Rupanya ada lagi punca air tempatan yang punyai silika yang jauh lebih tinggi
At 94mg/l, air dari Gunung Raya, Langkawi kemungkinan mempunyai silica yang paling… pic.twitter.com/UCRLMZZGaO
— Dibs (@adibhazlami) January 21, 2024
Berdasarkan hantaran berikut, difahamkan sumber air itu telah diambil pada kedalaman 130 meter di bawah tanah di kawasan hutan granit Gunung Raya yang dianggarkan berusia lebih 550 juta tahun.
Kandungan silika yang tinggi dalam air mineral tersebut sekaligus dipercayai menjadikan air mineral dari Gunung Raya sebagai air mineral paling tinggi kandungan silika di Malaysia.
Selain itu, kami sertakan juga artikel menarik lain pada pautan di bawah.