Rupanya Dah 30 Tahun Meninggal! Keluarga Tamak Haloba Rahsiakan Kematian Datuk Untuk Dapat Wang Pencen

Kehidupan

Rupanya Dah 30 Tahun Meninggal! Keluarga Tamak Haloba Rahsiakan Kematian Datuk Untuk Dapat Wang Pencen

Ini kisah ketamakan manusia sehingga tergamak menganiaya ahli keluarga sendiri yang telah meninggal dunia.

Kisah Sogen Kato ini menjadi ingatan dan iktibar buat ramai terutamanya rakyat Jepun kerana sifat tamak haloba keluarganya.

Advertisement

Perbuatan keluarga Kato menyembunyikan dan merahsiakan kematiannya selama 30 tahun terbongkar selepas mayatnya ditemui pada tahun 2010.

 

Pihak berkuasa tak dibenarkan masuk rumah

Penipuan keluarga Kato akhirnya terbongkar selepas pihak berkuasa berasa curiga apabila datang ke rumahnya untuk meraikan hari lahir yang ke 111 tahun, sekaligus menjadi individu tertua di Tokyo.

Ketika itu, cucu perempuan Kato berkata kepada pihak berkuasa bahawa datuknya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun.

sogen kato

Lebih menimbulkan curiga, pihak pusat kebajikan juga mendedahkan mereka pernah dihalau beberapa kali ketika mahu berjumpa Kato di rumahnya.

Pihak pengurusan pencen Kato juga turut berkata mereka sudah lama tidak dapat menghubungi Kato.

rumah sogen kato

 

Dah tinggal rangka!

Selepas siasatan dijalankan dan rumah itu digeledah pihak berkuasa menemukan Kato yang hanya tinggal rangka dan seperti mumia masih dalam keadaan berbaju tidur dan diselimutkan dalam posisi baring.

Keluarga Mr Kato mesti sudah tahu bahawa Mr Kato sudah bertahun-tahun ‘tiada’. Tapi mereka buat seperti tiada apa-apa berlaku. Ia sungguh menakutkan, kata pekerja pusat kebajikan.

rangka manusia ditemui

Gambar hiasan

Kato dipercayai telah mengembuskan nafas terakhirnya sekitar November 1978 pada usia 79 tahun sebelum dijumpai pada Julai 2010. Ketika soal siasat, keluarga Kato mendakwa mendiang telah berkurung di bilik tidur dan menjadi ‘living Buddha’.

Namun, polis mendapati motif sebenar keluarga merahsiakan kematiannya adalah untuk mendapat wang pencen Kato bernilai 9.5 juta Yen sejak isterinya meninggal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita
6 months ago

Individu Rimas Kawan Asyik Meminjam, Suami Pula Utamakan Tabligh - "Konon Kejar Akhirat Tapi Tiap Bulan Minta Duit Orang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BBC

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...