Rupanya Boleh Guna Laporan Opensignal Je Sebelum Pilih Telco 5G Terbaik Di Malaysia!

Teknologi

Rupanya Boleh Guna Laporan Opensignal Je Sebelum Pilih Telco 5G Terbaik Di Malaysia!

Dalam usaha mempercepatkan capaian internet 5G ke seluruh Malaysia, kerajaan di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) telah membangunkan prasarana dan rangkaian 5G tunggal ke seluruh negara.

Di mana, semua telco berkongsi infrastruktur 5G yang sama sebagai langkah merealisasikan potensi 5G di Malaysia bagi memacu aktiviti ekonomi.

Advertisement

Persoalan di sini timbul apabila semua telco guna kemudahan yang sama, bagaimana pengguna nak memilih rangkaian mana yang dapat memberikan internet 5G terpantas?

Mudah saja, anda boleh semak laporan yang dikeluarkan oleh Opensignal*.

No bad okay prestasi telco negara kita.

Pengguna U Mobile nikmati Internet terpantas

Kredit gambar: Opensignal

Hasil laporan yang dikeluarkan Opensignal pada September yang lalu, U Mobile telah mencatatkan skor 31.9 peratus Ketersediaan 5G berbanding telco lain yang tersedia di Malaysia iaitu Celcom, Digi, Maxis, Unifi dan YES.

YES dan Unifi mengikuti di tempat kedua dan ketiga dengan skor 24.7 peratus dan 23.9 peratus.

Dianggarkan pengguna U Mobile menikmati satu pertiga daripada masa mereka dengan sambungan aktif 5G. Untunglah!

Kredit gambar: Opensignal

Dengan Ketersediaan 5G No.1 , ini telah memberikan kelebihan buat U Mobile apabila turut dipilih sebagai penyedia rangkaian dengan Pengalaman Kelajuan Muat Turun dan Muat Naik terpantas di Malaysia.

Untuk pengetahuan bagi Pengalaman Muat Turun, U Mobile telah mencatatkan skor 39.4Mbps dengan peningkatan 115.7% dari laporan sebelumnya. Lebih 100% tu, serius tinggi peningkatan U Mobile!

Kredit gambar: Opensignal

Untuk Pengalaman Muat Naik pula markah diperoleh adalah 9.9Mbps berbanding pencabar Digi dengan 9.3% di belakang.

Lepas ‘bedah’ report ni kami tertanya, apa yang menjadi daya tolakan sehingga U Mobile boleh level up ranking Ketersediaan Internet 5G No.1 dan ternyata jawapannya daripada usaha telco ini mempromosikan pelan 5G dengan harga paling berpatutan di pasaran.

Pakej 5G Paling Mampu Milik Di Pasaran

Nak guna internet 5G, pertama sekali anda mestilah memiliki device 5G. Semua telco di Malaysia pun menyokong usaha kerajaan untuk menggalakkan adaptasi 5G melalui Pakej 5G Rahmah. Apa yang U Mobile tawarkan melalui Pakej 5G Rahmah mereka boleh dikatakan antara yang terbaik di pasaran.

Dengan hanya RM58 sebulan, korang boleh enjoy sebanyak 200GB data 5G ultrapantas! Lagi best, korang boleh kongsi data ni pada device lain melalui Ultra Hotspot 5G. Jangan risau kalau phone korang tak support 5G, sebab melalui pakej Rahmah U Mobile pengguna boleh memiliki peranti 5G seperti Samsung Galaxy A14 5G, Samsung Galaxy M14 5G, Honor 90 Lite 5G atau realme 11 X 5G dengan harga serendah RM0 (untuk kategori B40).

Jadi, kalau korang masih ragu-ragu nak upgrade ke pelan dan device 5G, bolehlah refer kat report Opensignal dan buatlah pilihan yang terbaik.

*Opensignal adalah syarikat analisis telekomunikasi yang menyediakan data mengenai prestasi rangkaian mudah alih. Mereka mengumpul maklumat daripada pelbagai peranti mudah alih untuk mengukur kelajuan sambungan data, pengurusan rangkaian, dan pengalaman pengguna secara keseluruhan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...