Satu perkongsian di media sosial Facebook baru-baru ini telah mencuri tumpuan netizen apabila seorang individu menceritakan mengenai pengalaman isterinya yang hamil mengidam sesuatu yang ‘luar biasa’.
Cerita lelaki bergelar suami itu, isterinya mengidam untuk menghidu minyak wangi di badan bekas teman lelakinya terdahulu.
Tersedak I baca status ni. Pasrah je si suami suruh wife contact ex. ??
Dear husband sekalian, apa benda paling gila wife korang pernah mengidam??? pic.twitter.com/osGeJNa5sN
— Faa | MarhaenMy (@MarhaenMy) October 18, 2022
Pada mulanya, lelaki itu berusaha untuk mencari minyak wangi yang pernah dipakai bekas teman lelaki isterinya namun tidak pula diketahui jenis dan jenama.
Bini aku punya gila dia masa mengandung dia mengidam nak bau ex-boyfriend dia. Masa dia cakap aku ingat dia bergurau rupa-rupanya betul serius.
Cerita lelaki itu lagi, isterinya mula ‘tarik muka’ dan merajuk gara-gara keinginannya itu tidak dipenuhi dan dia akhirnya terpaksa mengalah dan membenarkan pasangannya untuk menghubungi bekas teman lelaki bagi memenuhi kemahuan hati.
Anda boleh membaca artikel asal di SINI.
Luahan lelaki itu kemudiannya menjadi tular di media sosial dan rupa-rupanya, isterinya hamil anak kepada bekas teman lelaki yang ‘diidamkan’ gara-gara perbuatan curang. Plot twist sangat ni!
Untuk status baby dalam kandungan, berat untuk aku beritahu yang status anak tersebut bukan darah daging aku. Terlalu kecewa bila aku ingat balik semasa tahu keputusan paternity dan DNA itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa terkejut dengan cerita yang dikongsikan oleh lelaki itu di Facebook.
Ni bukan mengidam, ni bangang abadi! – netizen
Ada juga yang menghentam si isteri kerana telah berlaku curang dan memperbodohkan suaminya sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.