Rupa-Rupanya Ini Cara Sebenar Jurujual Masukkan Kereta Pameran Ke Dalam Pusat Membeli Belah

Trending

Rupa-Rupanya Ini Cara Sebenar Jurujual Masukkan Kereta Pameran Ke Dalam Pusat Membeli Belah

Masa kecil dulu, ramai yang nak tahu macam mana agaknya kereta pameran dibawa masuk ke dalam pusat membeli belah kan? Ada macam-macam idea dan spekulasi yang bermain di kepala tetapi tak pasti sejauh mana kebenarannya.

Misteri ini akhirnya terjawab apabila seorang konsultan dari Proton mendedahkan cara sebenar kereta pameran dibawa masuk ke dalam pusat membeli belah menerusi video yang dimuatnaik. Rupa-rupanya kereta pameran dibawa masuk melalui pintu masuk utama ataupun pintu belakang pusat membeli belah.

Advertisement

Kereta pameran ini akan dibawa masuk semasa tiada pengunjung di dalam pusat membeli belah di atas faktor keselamatan. Kebiasaannya kereta pameran akan dibawa masuk ke pada pukul 8.30 pagi ataupun pada 10 malam.

“Ni video masa tengah bawa masuk kereta dalam mall.”

“Kalau waktu malam pukul 10.30pm bila pengunjung dah takde kitaorang wajib dah kena tunggu depan mall sampai lah organizer datang bagi arahan untuk masukkan kereta.”

kereta pameran

Dengan pendedahan video ini, ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman mereka pernah menyaksikan sendiri proses masukkan kereta ini di depan mata. Menurut mereka, yang bertugas memandu kereta pun bukan calang-calang skill memandunya.



Bercakap mengenai pameran kereta, masih ingatkan anda insiden pasangan ibu bapa yang terpaksa membayar lebih RM100 ribu kerana anak mereka mencalarkan kereta di sebuah showroom. Untuk artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Anak Calarkan 10 Buah Kereta Audi Di ‘Showroom’, Ibu Bapa Terpaksa Bayar Ganti Rugi Lebih RM100 Ribu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...