Rupa Paras Dikritik Tak Capai ‘Standard’ Hero Drama, Firdaus Karim Tenang Hadap Kecaman

Hiburan

Rupa Paras Dikritik Tak Capai ‘Standard’ Hero Drama, Firdaus Karim Tenang Hadap Kecaman

Pelakon Firdaus Karim menerima dengan hati terbuka segala reaksi netizen terhadap lakonannya sepanjang menjayakan drama bersiri Doa Yang Terlindung.

Ketika ditemui OhBulan!, Firdaus, 44, mengakui dia sudah menjangka pelbagai maklum balas daripada penonton memandangkan jalan cerita drama tersebut tampil berbeza daripada kebiasaan drama bersiri tempatan.

Advertisement

“Saya sudah menjangka akan ada maklum balas bercampur. Ada yang setuju, ada juga yang tidak.”

Menurutnya, penonton akan mula memahami hala tuju drama itu apabila memasuki episod pertengahan.

“Namun apabila penonton mengikuti hingga pertengahan episod, mereka mula memahami arah cerita dan perkembangan watak. Itu yang lebih penting.”

Firdaus berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita, Bangsar, sebentar tadi.

Dalam pada itu, pelakon berusia 44 tahun itu menegaskan dia memberikan fokus sepenuhnya sepanjang penggambaran bagi menjayakan watak Ustaz Irfan, yang disifatkannya bukan satu peranan mudah.

“Sepanjang penggambaran, fokus saya adalah untuk menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaiknya. Saya memang tidak sempat membaca komen secara terperinci.”

Tambahnya, jika ada rakan yang memaklumkan mengenai kecaman netizen, dia menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang biasa, terutama untuk watak sebegitu.

“Kalau ada rakan memaklumkan mengenai kecaman, saya anggap itu perkara biasa untuk watak seperti ini. Sekurang-kurangnya ia menunjukkan penonton mengikuti dan memberi perhatian kepada jalan cerita.”

Mengulas isu sensitif berkaitan penggunaan imej agama dalam masyarakat, Firdaus mengakui wujud segelintir pihak yang menyalahgunakannya. Namun, jelasnya, naskhah ini bukan bertujuan memburukkan mana-mana pihak.

Untuk makluman, drama Doa Yang Terlindung kini memasuki minggu terakhir dan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 serta boleh ditonton secara eksklusif di iQIYI.

Selain itu, kami kongsika artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

diana danielle
2026-02-05 14:57:29

Muncul Dakwaan Farid Kamil Ditangkap Polis, Diana Danielle Doakan yang Terbaik Buat Bekas Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...