“Rupa Dah Ada Tapi Tak ‘Classy’ Langsung” – Wanita Tegur Anis Sofea Buat ‘Content’ Macam Rempit, Suruh Tambah Ilmu & Belajar English

Hiburan

“Rupa Dah Ada Tapi Tak ‘Classy’ Langsung” – Wanita Tegur Anis Sofea Buat ‘Content’ Macam Rempit, Suruh Tambah Ilmu & Belajar English

Apa sahaja dimuat naik oleh isteri Haqiem Rusli, Anis Sofea pasti meraih perhatian dan jika dilihat di ruangan komen kebanyakan hantaran di Instagram, masih ramai menegurnya tentang menutup aurat.

Namun, berbeza sedikit dengan satu komen ini yang ditulis oleh seorang wanita di video transition yang dimuat oleh Anis baru-baru ini.

Advertisement

Video tersebut mempamerkan Anis yang ‘belum bersiap’ sebelum dia memberikan flying kiss dan transition kemudian menunjukkan dirinya dengan pakaian berbeza dan memakai solekan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@anissofeaaz)

Rata-rata warganet memberi komen menegur penampilan Anis yang dulu lebih sopan dan menasihatinya untuk kembali berhijab.

Bagaimanapun, seorang wanita meluahkan pendapatnya dan mencadangkan agar Anis ‘level up’ cara dia membuat content serta menasihatinya untuk belajar bahasa Inggeris atau menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Cuba belajar English sikit-sikit. Lepas tu dapat ilmu sikit sikit, sambung belajar pun okay. Kalau you post macam ni agak rempit sikitlah.

komen

Sementara itu, ramai wanita dilihat membalas komen berkenaan dan mempunyai pendapat yang sama dengannya malah segelintir turut menyebut nama Intan Najuwa sebagai contoh.

Aktres itu dilabel beauty with brain serta mempunyai class yang tersendiri dan Anis boleh menjadikannya inspirasi untuk melangkah lebih jauh.

1 year ago

Video Haqiem Rusli & Isteri Menari Dikritik Warganet - "Sofea, Kalau Awak Nak Dihormati, Awak Kena Ada Sikap Hormat Dulu"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...