Angin tiada ribut tiada, tup-tup desas-desus keretakan rumahtangga Hanez Suraya dan Romie Razin kini sedang hangat diperkatakan. Desas-desus ini bermula apabila nama pasangan suami isteri ini didakwa tersenarai dalam kes Mal yang terdapat di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Menurut bacaan Abang Nara, kes Mal ini merangkumi perkara dalam kekeluargaan Islam termasuklah tentang pembubaran keluarga.
Sudah tentu desas-desus ini mengejutkan ramai pihak kerana pasangan suami isteri ini tampak amat bahagia, lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak sulung mereka, Puteri Aleesya. Pasti ramai yang tertanya-tanya kebenaran berita ini. Hanya Hanez Suraya dan Romie sahaja yang dapat mengesahkannya. Selaku peminat, kita doakan yang terbaik buat mereka.
Sesungguhnya setiap perkahwinan pasti ada ujian, pasang surut dan cabaran tersendiri. Semoga Hanez Suraya dan Romie tabah menghadapinya. Diharap janganlah perkahwinan ini berakhir dengan penceraian, lebih-lebih lagi kerana adanya seorang anak yang masih dahagakan kasih sayang ibu bapanya. Sumber Forum Cari.