Rumahku Syurgaku! Ini Cara Jadikan Luar & Dalam Rumah Selamat Untuk Keluarga Tersayang Diami

Branded

Rumahku Syurgaku! Ini Cara Jadikan Luar & Dalam Rumah Selamat Untuk Keluarga Tersayang Diami

Kita selalu dengar ayat ‘Rumahku Syurgaku’ tapi apa cara untuk pastikan rumah kita betul-betul selamat didiami? Ada banyak faktor yang perlu kita lihat seperti perlu pastikan kebersihan luar dan dalam rumah sentiasa terjaga, beli barang perabot yang tidak membahayakan anak kecil, susunan rumah tidak terlalu padat dan banyak lagi.

Tapi mungkin ramai yang terlepas pandang yang dinding rumah juga boleh membahayakan kesihatan kita semua. Macam mana tu? Sebenarnya bakteria sangat mudah membiak pada dinding rumah kita. 

Sebab tu kita kena beli cat yang terbukti berkualiti. Tak salah keluarkan duit sikit untuk pastikan persekitaran yang lebih selamat dan sihat.

Tapi ada jual ke cat yang boleh halang bakteria membiak? 

Bila kita tukar cat baru, di mata memang nampak cantik, tapi tanpa kita sedar bakteria amat mudah membiak. Ini lebih merisaukan bila anak kecil suka masukkan tangan dalam mulut sebaik sahaja menyentuh, mengotorkan dan menconteng dinding ketika bermain.

Disebabkan itu kami galakkan penggunaan cat Dulux EasyClean yang mampu bantu menghalang pertumbuhan bakteria di dinding dengan formula khas.

Lapisan pelindung ini membolehkan kesan kotoran seperti soda, jus buah, kicap, sos cili, kapur, debu mahupun lumpur, dibersihkan tanpa menimbulkan kerosakan pada cat.

Dulux EasyClean juga dirumuskan dengan teknologi Dulux Colourguard bagi memastikan warna pada dinding kekal cantik dan menyerlah dengan lebih lama.

Perlindungan berganda luar rumah dengan 4 teknologi terkini!

Bagi memastikan bahagian luar rumah turut selamat, Dulux hadir dengan teknologi perlindungan berganda iaitu Dulux Weathershield yang terbahagi kepada 4.

Pertama, teknologi Smart Release mampu memberikan perlindungan dua kali lebih lama terhadap alga dan kulat jika dibandingkan dengan cat biasa.

Teknologi kedua adalah Damp Resist yang mampu menahan serangan alkali dengan mudah. Kalau perasan serangan alkali inilah yang boleh membuatkan dinding kita bertompok-tompok putih seperti berkulat.

Seterusnya adalah teknologi Stay Clean dan ColourLock yang akan memastikan warna cat luar rumah kekal sama dan tidak pudar walaupun terdedah dengan keadaan cuaca hujan, panas, asap, sinaran UV dan sebagainya. Ini kerana molekul-molekul yang dihasilkan sangat kuat dan rapat. Dengan semua teknologi ini kita dah boleh jimat ratusan ringgit.

Jika semua ini diambil berat, maka dapatlah kita bina sebuah rumah yang betul-betul boleh dipanggil ‘Rumahku Syurgaku’. Untuk maklumat tentang 2 produk cat dari Dulux boleh terus ke Dulux Weathershield dan Dulux EasyClean.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...