“Rumahku Kini Sudah Berpenghuni, Bukan Diriku Yang Berteduh Lagi” – Ibu Shila Amzah Beri Bayangan Sedang Bersedih, Kongsi Lagu Nyanyian Anak

Hiburan

“Rumahku Kini Sudah Berpenghuni, Bukan Diriku Yang Berteduh Lagi” – Ibu Shila Amzah Beri Bayangan Sedang Bersedih, Kongsi Lagu Nyanyian Anak

Ibu kepada penyanyi terkenal Shila Amzah serta bekas isteri kepada ND Lala, Fauziah Sarman baru-baru ini telah mencuri tumpuan warga maya di Instagram apabila memberi bayangan sedang bersedih menerusi satu hantaran di aplikasi media sosial itu.

Dalam hantaran tersebut, Fauziah ada berkongsi video anak bongsunya, Syada Amzah yang menyanyikan lagu Rumah nyanyian asal Dalia Farhana.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Bait-bait lirik lagu Rumah itu seolah-olah memberi bayangan bahawa hati Fauziah seolah bersedih dan kecewa.

Rumahku kini sudah berpenghuni. Bukan diriku yang berteduh lagi. Kan ku jalani. Walau berat kaki tuk melangkah pergi.

Sudahku kemas segala memori. Ku simpan rapi hanya dalam hati. Tak ingin pergi, tapi kau bukan rumahku lagi.

Malah, Fauziah turut menulis kapsyen tanda pagar 8 tahun hidup dalam penipuan serta #ndlalaofficial.

Difahamkan juga Fauziah dan ND Lala sudah tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Ruangan komen hantaran tersebut juga dipenuhi luahan rasa netizen dan peminat yang dapat mengaitkan situasi yang dihadapi wanita itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abby Abadi marissa rapuh
1 year ago

"Emosi Saya.." - Abby Abadi 'Update' Keadaan Diri Setelah Isu Anak Perempuan Didakwa Musnahkan Perkahwinan Orang Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...