Rumah Zubir Kena Simbah Cat Merah

Hiburan

Rumah Zubir Kena Simbah Cat Merah

Bukan kami taknak keluarkan berita ni awal-awal, tapi pada kami tak gempak sangatlah berita ini. Iya lah, sebelum ni pon dah ada kes rumah kena simbah cat merah. Tapi  kenapa kena cat merah jugak ya? tak boleh ke cat kaler kuning ke, kaler biru ke, kaler hijau ke….hmmmm, misteri nusantara ni.

Advertisement

Selain kena simbah cat merah, ada gak kena baling ngan bangkai ayam. well well, kesian ayam tu ek, menjadi mangsa manusia yang tak puas hati kat Zubir ni. Kenapa agaknya manusia tu tak puas hati kat Zubir ek? Banyak suspek yang boleh Zubir tuduh kot sebab err err harap maklumlah tulisan Zubir kat BiPOP kan pedas-pedas. Ala Zubir sendiri pernah tulis   “Siapa makan cili dialah yang terasa pedas” .

So kali ni kami nak pinjam balik kata-kata Zubir tu…” siapa tulis gosip pedas, kenalah simbah cat merah”.  Halamak, ada  macam pantun tak?

Tapi kami bersimpati gak kat Zubir, dekat nak raya ni korang, takkan orang nak datang rumah tengok cat merah tompok-tompok. Pastu kereta pon kena cat merah, Apek kedai kereta sempat ke nak cun kan balik kereta tu. Ish ish kalau kami yang kena, memang nangis tak sudah.

Tak sabar nak baca BiPOP hujung minggu ni, apa agaknya Zubir akan tulis pasal gosip diri sendiri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...