Rumah Wardina Dirompak, 5 Buah Laptop Dilarikan

Hiburan

Rumah Wardina Dirompak, 5 Buah Laptop Dilarikan

Pagi yang indah ini bermula dengan khabar yang agak tidak gembira untuk Wardina. Rumah miliknya telah pun dirompak oleh 3 orang lelaki berparang. Habis 5 buah laptop dilarikan oleh perompak-perompak ini. Takziah diucapkan kepada Wardina atas kejadian ini. Semoga anda tabah dengan dugaan.

rumah wardina dirompak

Advertisement

rumah wardina dirompak

rumah wardina dirompak

Perompak dilaporkan masih berkeliaran di sekitar Ampang. Jika anda menjumpai manusia-manusia yang tingkah lakunya meragukan, laporkan dengan segera kepada polis. Apa pun anda boleh ucapkan takziah dan berikan kata-kata semangat kepada Wardina dan keluarga menerusi Twitter Wardina.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

131 Comments

  1. mulut capoi

    January 13, 2012 at 2:21 pm

    Satu lagi peringatan…..jika rezeki kita lebih dan layak untuk berzakat maka tunaikanlah.
    Ujian Allah tak kira siapa, setiap ujian itu ada hikmahnya…
    Wardina dan keluarga selamat dan masih lagi ada tempat tinggal….
    Cuba renungkan apabila rumah terbakar yang tinggal abu dan arang berserakan….itu pun dugaan…..tapi nyawa terselamat.

    Harta dunia tak ada nilainya jika kita fikir dalam2……keimanan serta ketaqwaan itu yang dipandang Allah……
    Jangan diingat dan disesalkan jika harta hilang….ada rezeki dan kudrat maka kita cari semula.
    Iktibar untuk kita semua.

  2. Umie

    January 13, 2012 at 10:45 am

    Hey hanz dan i& me aku setuju dengan korang berdua,Wardinah cakap perompak tutup muka mcm mana boleh cam orang indon,orang sini pun ramai yang tahu cakp indon,..bila cakap bahasa indon dah bagi th satu Malaysia orang Indon,mungkin wardinah lupa yang dia juga keturunan Aceh Indon kot atau ada Aceh lain kat dunia inie…segala yang terjadi pasti itu rencana ALLAH,…mungkin rezeki wardinah berlebih tapi masih tak cukup bersedekah tuelah ALLAH bg peringatan..atau Wardinah seorang yang taat pd ALLAH kalo tak diuji nanti Takabur pula…harap-harap yang mengutuk sumpah serapah tue beringat ALLAH tak suka hambanya menghina orang lain.Kalo tah betul pasal agama leh…kalo tk tahu maafkanjer….

    • indon babi miskin

      January 13, 2012 at 7:54 pm

      diam la umie indon ! g mampos la ko!!

    • Mama Meera

      January 13, 2012 at 9:44 pm

      ataupun…ape yg berlaku pd wardina sbg peringatan utk diri kita jugak.supaya sentiasa ditetapkan iman kpd Allah SWT.x yah la nk komen pndgan -ve sgt bab die x ckup sedekah ke…atau jadi takabur ke hape…hanya Allah yg lebih tahu sejauh mana keimanan dan amalan die.wlupn statement ko tu ada perkataan MUNGKIN tp x sedap lgsung di baca.seolah2 spt memperlekehkn setiap amalan ibadat die.ko gak yg ckp x baik mnghina org.BAHASA KO TU BIAR BETUL SKET.

  3. hang_lekiue

    January 13, 2012 at 10:44 am

    Di harap, si mangsa tidak menuduh UMNO sebagai punca rompakan. Tidak lupa juga, mungkin ini juga ada konspirasi BN

    • hang jebat

      January 14, 2012 at 4:23 pm

      ko ni bodoh ke ape? comment mengarut…

  4. hani

    January 13, 2012 at 10:38 am

    sayu baca luahan Wardina….

    Mereka merompak “perasaan selamat” saya

    Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH”katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

    Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

    Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

    Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

    Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

    Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

    “Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku.Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakkau” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

    Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

    Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

    Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

    Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

    “Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”

    “Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “

    “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”

    “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”

    “Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

    (Quran, Al-Falaq:1-5)

    Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

    Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

    Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

    Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.

    Yang masih trauma,

    Wardina

  5. Umie

    January 13, 2012 at 10:35 am

    Hey..Jantan macho kentut merata-rata kow nie sama mcm Baby uuuu tue…Kutuklah mcm-mcm orang Indon tue entah-entah korang berdua pernah kena makan balak Indon kot sakit hati…ker…kacihan…kan dah kata cakap dngn PM bunuh semua orang Indon yang ada kat Malaysia nie…termasuk keturunannya kau tahu kan Wardinah juga keturunan Aceh Indon,Juara maharaja lawak Mega yang seorang juga keturunan jawa lagi,Bekas Menteri besar Selangor jg keturunan.entah-entah kaw sendiri keturunan sama..kan senang.tinggalkan Bangla, negro,Pakistan dan Lain-lain bangsa yang ada couple dg orang Melayu…Aku ingat yang keturunan Asli Orang Malaysia hanya orang Melyu asli jer…pergi kat perpustakaan dan cari sejarah Melayu pasti korang takkan cakap busuk hati macam tahi dan busuk kentut kaw…Bos aku juga keturunan Indon jawa cam mana..tempat aku kerja ramai orang Kelantan dan terengganu apa macam…Kebencian korang hanya buat Iman korang dan pahala korang berkurang tambah dosa adalagi.Setiap Bencana pasti ada arti disebaliknya.yg kau cakp membantu kalo tak ikhlas jangan bagi…buat apa bukan dap pahala kaw pandai mengutuk entah-entah kawa sendiri tak bagi satu sen pun…cakap tak serupa bikin.Ingat sikit bangunan besar-besar kat Negara nie ramai guna tenaga Indon ingatlah tue…jgn sombong bangang.

    • jantan macho kentut merata-rata

      January 15, 2012 at 1:26 pm

      Alloooooo….UMIE OOOOO……sekali aku tampar dgn selipar thailand kang tcabut gigi……kamu ni sah suami org indon yg gampang tuuu……knapa nak protect bangsa indon yg byk buat kianat ahhhhh!!!!!! gua ingat lu nie kan meroyan lah. boleh lu p tukar warganegara takkk…….konon educated lahhhh bagai…..tapi hati sumpah org mcm taik indon. blh belahhhh!!!!!

Loading...