Rumah Umie Aida Yang Dihadiahkan Oleh Suaminya Dilelong Pada Harga RM2.1 Juta

Hiburan

Rumah Umie Aida Yang Dihadiahkan Oleh Suaminya Dilelong Pada Harga RM2.1 Juta

Sebuah rumah mewah unit ‘penthouse’ di Mont Kiara yang telah dihadiahkan oleh suami Umie Aida sempena perkahwinan mereka telah pun dilelong pada harga RM2.1 juta hujung minggu lalu. Untuk makluman, sebelum ini Jabatan Insolvensi Malaysia telah pun mengisytiharkan suami Umie Aida, Datuk Khairuddin Abu Hassan muflis menyebabkan hartanah mewah miliknya itu terpaksa dilelong. Namun Datuk Khairuddin memaklumkan tidak tahu menahu mengenai lelongan tersebut.

rumah umie aida dilelong

Advertisement

Nama Datuk Khairuddin Abu Hassan yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan telah menjadi sebutan di blog-blog politik kebelakangan ini apabila beliau telah membuat laporan polis tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya yang tidak dapat dipastikan ketelusan di dalam pentadbiran. Apa pun, Umie Aida melahirkan rasa redhanya dengan dugaan yang sedang berlaku di dalam hidup mereka suami isteri. Kata Umie Aida:-

Saya sebagai isteri akan sentiasa di belakang suami sama ada susah atau senang. Hidup pasti ada dugaan dan Tuhan memberi kami dugaan mengikut kemampuan hambaNya

umie aida

Terharu Abang Nara mendengar kata-kata Umie Aida. Di saat-saat getir sebegini pastinya kata-kata perangsang dan semangat daripada orang yang paling rapat dengan kita amat-amat diperlukan. Semoga Umie Aida dan suami tabah menghadapi dugaan ini. Untuk makluman, rumah mewah unit ‘penthouse’ ini telah pun menjadi milik seorang wanita berusia 40-an. Sumber Berita Harian.

P.S: BMW kereta mewah no 1 untuk tahun 2014

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...