Ditemui media baru-baru ini, penyanyi Nubhan tampil menjelaskan mengenai dakwaan dia mempunyai sebuah kediaman di luar pengetahuan isterinya, Dr Afifah di Southville Dengkil.
Menurut Nubhan, dia mengambil keputusan untuk menyewa rumah itu setelah timbul masalah dalam perkahwinan mereka.
Jelas penyanyi itu, keputusan untuk tinggal berasingan itu dibuat sebagai langkah terbaik bagi menjaga emosi anak-anak.
Rumah itu saya tak beli tetapi sewa. Disebabkan apa yang berlaku, saya perlu asingkan diri.
Saya tak mahu apabila kami bergaduh, ia dilihat oleh anak-anak. Saya juga tak sanggup melihat mereka bersedih kerana boleh tinggalkan perkara buruk dalam ingatan.
Saya nak jaga emosi anak-anak dengan baik. Jadi saya keluar dari rumah supaya keadaan dapat dikawal. Saya tak mahu anak-anak rasa tertekan.
Sebelum ini, ketika prosiding di mahkamah syariah bagi tujuan pengesahan lafaz cerai Nubhan, Dr Afifah berakta dia tidak tahu kewujudan rumah tersebut dan menyangka ia adalah rumah milik sepupu suaminya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
