July 30th, 2020

Mendedahkan bahawa dirinya kini sudah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal sejak setahun yang lalu, pelakon Kuza mengaku telah berpisah dengan suaminya, Ramyus Sidique pada tahun lepas.

Kuza Dedah Sudah Bercerai Dengan Ahli Perniagaan Sejak Tahun Lalu

“Saya sekarang ini sudah menjadi ibu tunggal sejak setahun yang sudah. Saya berpisah dengan suami pada tahun lalu selepas kami hidup bersama selama 12 tahun.”

Enggan memaklumkan secara terperinci mengenai punca perpisahannya dengan usahawan tersebut, Kuza bagaimanapun mengakui lebih selesa untuk tidak bercerita kepada umum mengenai hal kehidupan peribadinya.

Kuza Dedah Sudah Bercerai Dengan Ahli Perniagaan Sejak Tahun Lalu

“Saya memang jaga hal peribadi sebagai privasi. Kalau saya rasa perlu untuk berkongsi, saya akan kongsi. Kalau saya rasa tak perlu, lebih baik saya simpan sendiri.”

Untuk rekod, Kuza sebelum ini telah mendirikan rumah tangga dengan Ramyus pada 2007. Ia merupakan perkahwinan ketiganya. Meskipun begitu. menerusi perkahwinan itu pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

Kuza Dedah Sudah Bercerai Dengan Ahli Perniagaan Sejak Tahun Lalu

Sehingga kini, Kuza yang popular membintangi beberapa drama tempatan seperti “Semerah Cinta Humairah” dan “Kau Aku Kita” itu mempunyai tiga orang anak berusia antara 15 hingga 26 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: Gempak


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...