Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rumah Tangga Siti Saida, Kakak Siti Nurhaliza Pulak Berantakan?

siti saida bercerai

Aduh. Tahun 2010 ini sememangnya tahun yang penuh dengan dugaan kepada pasangan suami isteri selebriti Malaysia. Cerai sana, cerai sini. Gaduh sana gaduh sini. Yang kasihannya kebanyakan pasangan suami isteri ini masing-masing dah ada 3,4 orang anak. Takut-takut nanti anak-anak yang jadi mangsa penceraian. Tak cukup kasih sayang seorang ayah atau seorang ibu.

Advertisement

Terbaru berita yang dibaca dari suratkhabar ialah hubungan Siti Saida, kakak kepada Siti Nurhaliza dengan suaminya dikatakan sudah mula berantakan. Walaupun sudah dikurniakan 4 orang anak, namun itu tak menjamin keteguhan rumah tangga mereka berdua. Dan dari info yang dibaca, khabarnya hubungan mereka retak kerana kemunculan orang ketiga.

Pelik juga manusia ini ye. Dah ada anak 4 orang. Dah ada bini/laki cun dan hensem tapi still masih nak melayan orang ketiga. Buat derk sudahlah. Ingatlah status kita sebagai seorang suami ataupun seorang isteri. Kalau kita buat tak layan, semestinya orang ketiga tue pun tak ada masa nak terhegeh-hegeh kat kita. Ini kita pergi itu yang dia semangat je nak mengorat walaupun tahu kita dah ada anak 4 orang. Tak gitu?

Apa-apa pun, buat masa ini Siti Saida tak dapat dihubungi untuk mengesahkan berita ini. Jadi sama-samalah kita doakan agar rumah tangga diorang tetap teguh, utuh dan kukuh. Kesian kat anak-anak 4 orang tue.

Nak tanya pembaca BeautifulNara kot-kot anda anda pengalamanan dingorat oleh orang lain walaupun dah bersuami/beristeri. Cuba ceritakan sikit supaya jadi pengajaran buat kita semua.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top