April 2nd, 2018

Sejak kebelakangan ini, kami ada juga mendengar khabar angin kononnya rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sedang bergolak. Spekulasi mula tercetus apabila Sharnaaz jarang memuat naik foto dan menemani isterinya ke majlis sambutan hari jadi Neelofa serta pelancaran tudung adik iparnya itu di Zouk bulan lalu.

Bukan itu sahaja, Sharnaaz juga dikatakan sedang berada dalam keadaan sedih apabila memuat naik status penuh tanda tanya di akaun Instagramnya.

Namun, Sharnaaz membuktikan rumah tangga yang sudah setahun dibina bersama Nabila masih lagi bahagia apabila memuat naik ucapan penuh romantis buat suri hidupnya itu bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Buat Sharnaaz, Noor Nabila adalah seorang isteri yang terbaik.

Kedua merpati dua sejoli ini kini sedang meluangkan masa bersama di Pulau Langkawi. Kata orang “baby moon” sebelum kelahiran cahaya mata mereka sekitar bulan September nanti.

Biasalah tu, dalam perkahwinan pasti akan ada pasang dan surutnya. Namun, perkara itu yang membuatkan kita lebih mengenali dan menguatkan lagi rasa cinta dengan pasangan. Semoga Sharnaaz dan Noor Nabila terus bahagia sehingga ke jannah.


13 responses to “Rumah Tangga Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Masih Utuh, Nikmati Percutian Romantis Di Langkawi”

  1. namaku bukan hidayah says:

    cuma kadang2 pelik, terpikir nape orng2 kampung kita yg pegi tanah suci lebih mudah terima hidayah, berubah kepada yg lebih baik… berbanding yg berkali2 pegi tapi nmpak mcm sama je… ntah le, tu diorang ngan Tuhan kan… tp kdg2 terpikir gak, memang tak dpt hidayah ke atau saja tak nak cari hidayah…

  2. Dina says:

    Nabila tgh pregnant kan… ada lah mood swing dia tu… so mayb Sharnaz n her stay low sekejap sampai nabila dah ok….tu jer lah xde apa. Kadang bini tgh preggy ni sensitive x suka bau hubby etc… n since both pun ada baran mmg eloklah duk diam2 jer.

  3. Mimi says:

    kalau tengok perniagaan lofa, actually lofa ni more to face of the brand. the muse, the influencer. intelectual part semua nabila ni urus. tengok ja kes zouk tu. lofa komen apa? selepas kes tu nh prima melalui nabila komen cemana? lofa with her childish attitude selalu lepas laku baik dari segi perangai dan kata kata. its her big sister yang main peranan mencorakkan the business wellbeing.

    Adik dia yang samsung euww tu? tak tau la apa fungsi. bagi komen selalu nampak tak berapa cerdik ja. kalau macam tu la perangai international school, sayang duit ja hantar noks. i prefer athisha. much humble and actually the prettiest among them all :)

Loading...