Sejak kebelakangan ini, kami ada juga mendengar khabar angin kononnya rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sedang bergolak. Spekulasi mula tercetus apabila Sharnaaz jarang memuat naik foto dan menemani isterinya ke majlis sambutan hari jadi Neelofa serta pelancaran tudung adik iparnya itu di Zouk bulan lalu.
Bukan itu sahaja, Sharnaaz juga dikatakan sedang berada dalam keadaan sedih apabila memuat naik status penuh tanda tanya di akaun Instagramnya.
Namun, Sharnaaz membuktikan rumah tangga yang sudah setahun dibina bersama Nabila masih lagi bahagia apabila memuat naik ucapan penuh romantis buat suri hidupnya itu bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Buat Sharnaaz, Noor Nabila adalah seorang isteri yang terbaik.
Kedua merpati dua sejoli ini kini sedang meluangkan masa bersama di Pulau Langkawi. Kata orang “baby moon” sebelum kelahiran cahaya mata mereka sekitar bulan September nanti.
Biasalah tu, dalam perkahwinan pasti akan ada pasang dan surutnya. Namun, perkara itu yang membuatkan kita lebih mengenali dan menguatkan lagi rasa cinta dengan pasangan. Semoga Sharnaaz dan Noor Nabila terus bahagia sehingga ke jannah.