February 11th, 2019

Sejak kebelakangan ini, timbul desas-desus mengenai rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila yang dikatakan sedang bermasalah.

Rumah tangga mereka dikatakan goyah selepas netizen perasan kedua-duanya tidak lagi memuat naik foto bersama mahupun mengucapkan kata-kata cinta. Malah, Sharnaaz sering dilihat memuat naik kapsyen seakan dalam kesedihan.

Hasil ‘siasatan’ netizen juga mendapati mereka suami isteri tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di akaun Instagram. Bukan sahaja isterinya, Sharnaaz juga sudah berhenti mengikuti akaun Instagram ibu mertuanya serta adik beradik iparnya seperti Neelofa dan Ameera Khan. Tentunya ia menimbulkan pelbagai persoalan adakah mereka masih tinggal sebumbung ataupun tidak.

Menerusi akaun Instagram @makcik_puaka, ada individu mendedahkan Sharnaaz dan Nabila hadir untuk berjumpa dengan pihak kaunseling di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Meskipun spekulasi mengenai status rumah tangga mereka sudah hangat diperkatakan, kedua-dua pihak masih belum memberikan penjelasan lanjut. Kalau bergaduh sikit-sikit itu memang asam garam dalam kehidupan rumah tangga dan kami harap mereka berdua baik-baik sahaja.

Sumber Berita : Instagram Mak Cik Puaka


85 responses to “Rumah Tangga Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Goyah, Didakwa Hadir Kaunseling Di JAWI?”

  1. Siti says:

    Wanita yg bekerjaya memang dominant.
    Wanita yg cantik memang gold digger.
    Wanita yg kaya memang cakap besar.
    Mereka lupa utk berdoa utk suami kerana terasa hebatnya diri masing2. Berdoa adalah weapon kita . Kalau suami tak kaya itu adalah pilihan kita kerana kekacakkan dia pilihan kita …hormat lah ibu bapa suami walaupun kita benci suami sendiri. Penceraian adalah last solution and its better to walk out from the marriage sebelum ramai anak and a gold digger.

  2. Mm says:

    Busy malaysians…

  3. aku kau says:

    doa kan baik2 pada beliau..in shaa allah rumah tangga selamat

Loading...