Rumah Tangga Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Goyah, Didakwa Hadir Kaunseling Di JAWI?

Hiburan

Rumah Tangga Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Goyah, Didakwa Hadir Kaunseling Di JAWI?

Sejak kebelakangan ini, timbul desas-desus mengenai rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila yang dikatakan sedang bermasalah.

Advertisement

Rumah tangga mereka dikatakan goyah selepas netizen perasan kedua-duanya tidak lagi memuat naik foto bersama mahupun mengucapkan kata-kata cinta. Malah, Sharnaaz sering dilihat memuat naik kapsyen seakan dalam kesedihan.

Hasil ‘siasatan’ netizen juga mendapati mereka suami isteri tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di akaun Instagram. Bukan sahaja isterinya, Sharnaaz juga sudah berhenti mengikuti akaun Instagram ibu mertuanya serta adik beradik iparnya seperti Neelofa dan Ameera Khan. Tentunya ia menimbulkan pelbagai persoalan adakah mereka masih tinggal sebumbung ataupun tidak.

Menerusi akaun Instagram @makcik_puaka, ada individu mendedahkan Sharnaaz dan Nabila hadir untuk berjumpa dengan pihak kaunseling di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Meskipun spekulasi mengenai status rumah tangga mereka sudah hangat diperkatakan, kedua-dua pihak masih belum memberikan penjelasan lanjut. Kalau bergaduh sikit-sikit itu memang asam garam dalam kehidupan rumah tangga dan kami harap mereka berdua baik-baik sahaja.

Sumber Berita : Instagram Mak Cik Puaka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...