Sebut sahaja nama Sharifah Shahora pasti anda kenal dengan beliau bukan? Shahora antara artis yang kurang mencetuskan kontroversi dan sering kelihatan “happy go luckyâ€.
Walaubagaimanapun, siapa sangka beliau kini sedang menghadapi ujian yang agak besar apabila rumah tangga yang dibina bersama pengarah sinematografi dan jurukamera, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin mula berantakan akibat diganggu oleh orang ketiga yang dikenali dengan nama Madeyanie di laman sosial.
Jelas Shahora, beliau sudah lama mengetahui perkara tersebut dan masih lagi mampu mengawal perasaan beliau sebelum ini. Namun, kesabaran beliau sudah habis apabila wanita tersebut tidak mengendahkan amaran yang telah diberi olehnya.
Sudah lama saya sedar perkara ini tapi saya cuba kawal diri. Tapi kali ini saya tewas kerana perasan saya seperti dihentak-hentak. Saya tak mampu menyembunyikan apa yang terpendam lagi selama ini. Wanita itu memang tahu saya sedar permainannya, tapi tetap terus mengganggu rumah tangga kami.
Saya cuba menghubunginya tetapi dia tutup telefon bimbitnya. Malahan baru-baru ini dia sudah sekat akses saya di laman Twitter. Nampak dia memang pengecut. Kalau berani, kenapa buat semua itu.
Buat masa ini, Shahora enggan membuat sebarang kesimpulan lanjut dan ingin melihat sejauh mana permainan wanita yang menganggu rumah tangganya.
Terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Saya tengah melihat perkembangan seterusnya apa yang wanita itu boleh dan akan lakukan pula. Amaran seperti saya katakan tadi sudah diberikan sejak tiga bulan supaya berhenti mengganggu suami saya. Saya dapat tahu, wanita ini mengajar suami saya untuk mengingati dan menyimpan nombor telefonnya menerusi memori otak.
Wanita itu siap ajar suami saya untuk memadamkan mesej dan bukti perbualan mereka di telefon bimbit setiap kali berkomunikasi. Saya tahu setiap hari, dia akan hantar mesej bernada manja kepada suami. Tak tahulah apa tindakannya nanti selepas tahu saya sudah ‘meletop’. Saya juga sampai satu tahap menghantar mesej kepadanya baik-baik dengan menyuruh dia kahwin sahaja dengan suami jika inilah gayanya.
Memang perit rasanya jika suami tercinta diganggu oleh orang ketiga. Memang seorang isteri dianugerahkan dengan kesabaran yang tinggi tetapi jangan menyesal jika kesabaran itu sudah sampai hadnya. Kepada Sharifah Shahora semoga anda diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.