Sedang asyik melayari Internet hari ini, kami agak terkejut juga ketika membaca persoalan ahli forum mengenai status rumah tangga Nazim Othman dan Bella Dally.
Wujud beberapa dakwaan dimana Nazim dan Bella tidak lagi memuat naik foto bersama di akaun Instagram mereka selain Bella yang turut memadam foto mereka yang terdahulu. Malah, foto percutian bulan madu mereka juga sudah dipadam.
Bukan itu sahaja, ada juga yang turut merasa hairan kerana Nazim sering bersendirian ketika menghadiri acara hiburan. Iyalah, kalau pasangan selebriti yang baru sahaja berkahwin, pasti mereka mahu kemana sahaja berdua dan kerap memuat naik foto romantis dan mesra di media sosial.
Walaupun khabar angin tersebut sudah hangat diperkatakan, Nazim dan Bella belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenainya.
Kami harap rumah tangga Nazim dan Bella tidak mempunyai masalah serius dan pastinya mereka mempunyai alasan mereka tersendiri untuk tidak terlalu mendedahkan kemesraan mereka di media sosial.