Rumah Tangga Nadzmi Adhwa Dan Ardell Aryana Didakwa Sudah Berakhir?

Hiburan

Rumah Tangga Nadzmi Adhwa Dan Ardell Aryana Didakwa Sudah Berakhir?

Baru-baru ini, muncul spekulasi yang mendakwa perkahwinan dibina pelakon Nadzmi Adhwa dan isteri, aktres Ardell Aryana sudah berakhir.

Tampil menjawab spekulasi itu, Nadzmi memaklumkan dia dan Ardell berada dalam keadaan baik sekaligus menafikan dakwaan tidak berasas itu.

Advertisement

Menurutnya, berita itu muncul setelah wujud individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama mereka sebagai ‘clickbait’ untuk menekan pautan tertentu di media sosial.

Apabila keluar carian di TikTok, ia disebabkan orang suka tengok. Kalau taip nama artis, mesti kata bercerai.

Inilah yang dikatakan fitnah sebab benda ini memang tak betul. Realitinya kami bahagia, tiada masalah pun, kami aman.

Tambah aktor itu, dia dan isteri turut terkesan dengan fitnah berkenaan kerana ada di antara ahli keluarganya mempercayai berita perceraian tersebut.

Memang terkesan. Ramai saudara-mara telefon bertanyakan kesahihan perkara itu sedangkan kami alhamdulillah baik-baik sahaja.

Rumah tangga ada turun naik takkanlah saya nak bercerita pada semua orang. Setakat ini tiada pun yang serius.

Nak kahwin bukan senang, penat-penat bina masjid, takkan tiba-tiba nak cerai pula. Minta dijauhkan.

Dia juga meminta orang ramai di luar sana untuk menyemak fakta dan tidak sesekali mempercayai berita seperti itu selain memohon doa orang ramai agar kekal bahagia bersama keluarga tercinta.

Sekadar info, Nadzmi dan Ardell berkahwin pada 1 September 2019 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurnaikan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ellie suriaty imran bard
43 mins ago

"Tengok Dia Ikhlas Minta Maaf Atau Tidak" - Ellie Suriaty Setuju Bertemu Imran Bard, Jadi Penentu Untuk Urusan Saman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...