Beberapa bulan lepas, kita dikejutkan dengan pendedahan isteri Aqasha iaitu Baizura yang mendakwa seorang pelakon wanita terkenal bermain cinta bersama Aqasha. Baizura memuat naik perbualan mesra antara pelakon wanita tersebut bersama suaminya itu di akaun Instagramnya. Pelakon wanita yang dikaitkan dalam isu ini ialah Rita Rudaini.
Hanya berdiam diri sebelum ini, Aqasha akhirnya tampil membuka mulut dan mengesahkan rumah tangga serta hubungannya dengan isteri berada dalam keadaan baik. Kontroversi yang melanda sedikit pun tidak menjejaskan rumah tangga mereka.
Hubungan saya dan isteri okey dan kami tidak terjejas dengan spekulasi dan tuduhan orang ramai itu. Saya seorang lelaki, Islam dan saya tahu apa yang saya lakukan. Saya tidak boleh menjawab tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi dan orang luar tidak tahu apa yang saya lalui.
Ditanya adakah bukti perbualan yang dimuat naik oleh isterinya itu benar, ini jawapan Aqasha : –
Jika dia muat naik paparan skrin sudah tentu ia betul, tapi orang tidak tahu perkara yang berlaku. Saya juga tidak mahu bercerita tentang perkara peribadi itu kepada umum, biarlah orang ingin bercakap apa-apa pun.
Meskipun hangat dilanda kontroversi bersama Rita, Aqasha bagaimanapun memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk digandingkan dengan Rita dalam mana-mana tawaran berlakon akan datang.